Tuesday, November 10, 2009

Ipin vs Leha

"Mak! Leha nak keluar." Leha tarik tudung dari hanger.

"Nak ke mana? Dengan siapa?"

"Leha pergi sorang je. Pergi Perpustakaan Desa." Leha tarik sandal dari rak kasut. Purse dan telefon bimbit yang baru dicapai atas meja masuk dalam poket jeans.

"Jalan elok-elok." Mak Nab sekadar menghantar Leha dari pintu rumah. Leha dah besar panjang. Dah tahu nak jaga diri.

"Okey Mak. Leha gerak dulu." Leha tolak basikal dari bawah rumah. Sampai aja kat depan perpustakaan, Leha tarik pula kunci besar dalam raga. Orang sekarang bukan boleh percaya, bukan kenal harta orang dengan harta sendiri.

"Hai Leha. Lama Kak Som tak Nampak?"

"Baru je balik 2 hari lepas Kak Som." Leha senyum pada Kak Som yang jadi tukang jaga kaunter. Boleh dikatakan semua pekerja dalam perpustakaan mengenali Leha. Pantang ada kat kampung, mesti hari-hari melepak dekat situ.

"Owh, cuti panjang ke? Berapa lama?"

"Cuti semester. 3 Minggu je Kak Som. Ada novel baru Kak Som?"

"Ada lah dua tiga biji. Rasanya tak ada yang pinjam lagi. Leha tengok dekat tempat biasa. Rak biasa. Kalau tak ada yang mengambil, adalah kat situ."

"Okey Kak Som. Thanks." Leha atur langkah ke satu rak paling hujung. Buku- buku ditilik satu persatu sebelum 3 biji dilarikan dari tempatnya. Leha terus duduk kat meja hujung yang agak tersorok. Tempat biasa. Biasalah, perpustakaan desa. Berapalah sangat insan yang rajin nak meluangkan masa membaca. Orang kampung pun sekarang sudah maju. Banyak rumah dah pakai broadband. Lagi senang cari bahan kat internet dari mengadap buku tebal-tebal. Kanak-kanak pula lebih suka duduk merewang di Cyber Café daripada membaca di perpustakaan.


 

Ipin masuk dalam library. Buku yang entah tajuk apa-apa dicapai tanpa sempat menilik tajuknya. Mata scan seluruh perpustakaan. Meja yang hujung dan agak sedikit tersorok menarik perhatiannya. Otak dah susun strategi. Meja kat belakang rak kanak-kanak dituju.

"Ekin!" Tangan kanan digamit.

"Apsal Abang? Ekin nak baca buku pun kacaulah." Ekin tarik muncung.

"Ekin bagi ni kat akak tu boleh?"

"Taknak lah. Ekin nak baca buku. Abang nak, abang bagilah sendiri."

"Alah, please. Kalau Ekin tolong abang, abang belikan Ekin sepit rambut baru nak?" Ipin pancing Ekin guna sepit rambut. Ekin kerut muka. Berfikir.

"Taknaklah sepit rambut. Ekin nak Barbie Doll, boleh?" Ekin buat muka bling-bling.

"Hah, okeylah. Nanti abang belikan." Ekin senyum. Kad di tangan Ipin ditarik. Laju je dia berjalan kea rah tempat yang diarahkan. Ipin geleng. Budak-budak zaman sekarang, semuanya demand lebih. Tengok je Ekin bercakap dengan orang di meja hujung, Ipin senyum. Teringat peristiwa semalam.

"Bila kamu balik sini, Ipin?" Ipin yang tengah syok tengok siaran bola kat TV angkat muka.

"Semalam, Mak Nab."

"Kamu balik kampung ni sorang je ke? Mak Ayah kamu tak ikut sekali?"

"Haah, balik dengan Ekin je. Mak dengan Ayah, hujung minggu ni baru datang. Banyak kerja." Ipin senyum. Mata dah hala balik kea rah TV.

"Lama kamu cuti?"

"Lama lah jugak. 2 bulan lebih." Ipin jawab je, biar hati lebih pada nak tengok bola. Banyak lah pula Mak Nab ni tanya.

"Lama tu. Sempat lah nak lepas rindu kat Mak Ayah ye. Bukan macam si Leha tu, cuti 3 Minggu je. Dah tu bukannya lekat kat rumah, dekat perpustakaan desa tu jugaklah yang dia nak berumahtangga."

"Leha? Sape tu Mak Nab?" Ipin dah kerut kening.

"Leha anak Mak Nab kamu. Kawan masa kecik yang selalu ikut kamu berkubang dekat parit tu." Nek Wan yang baru muncul dengan dulang air kat tangan tiba-tiba menyampuk. Mind dah recall budak perempuan yang sememeh masa kecik-kecik. Yang selalu dengan seluar pendek dan t-shirt takde lengan. Steven Gerrard yang tengan duk berebut bola dengan Wayne Rooney dah tak menarik perhatian.

"Leha yang dulu kecik-kecik tu?Yang kuat menangis tu?"

"Yelah. Tapi tu dulu lah. Sekarang dah besar dah." Mak Nab senyum. Ipin angguk.Memang tak salah lagi. Leha yang selalu ikut dia main kat parit masa kecik-kecik. Masa dia tinggal dengan Nek Wan kat kampung. Masa Mak dan Ayah dia sambung belajar kat luar Negara.

"Cantik dah sekarang budak Leha tu, Ipin. Berkenan Nek Wan tengok. Lemah lembut, sopan-santun." Dah, Nek Wan dah start masuk jarum.


 

Leha tengok Siti. Siti tengok Leha balik. Leha tengok pulak kertas warna biru kat tangan.

"Siti, kau rasa sapa yang bagi ni?"

"Kau tak tanya budak kecik yang pass benda ni ke?"

"Dah tanya. Tapi baik punya budak tu cover."

"Entahlah. Mana aku tahu. Tak de pulak aku rasa mamat kat kampung ni pandai tulis benda-benda macam gini."

"Budak ni mesti member-member kita masa kecik-kecik dulu nih." Leha dah start buat hipotesis.

"Mana kau tahu?" Siti pandang Leha pelik.

"Ni, yang dia tulis ni." Setiap benda yang ada kat kertas tu memang buat dia flashback aktiviti zaman kecik-kecik.

"Mamat, tak pandai buat benda ni. Dia tu tahu buat robot je." Siti dah start rewind semua kawan-kawan sepermainan mereka.

"Lagipun, dia dah kat Jepun. Sarip?"

"Sarip lagilah tak. Dia asyik sibuk memanjang. Mana ada masa nak buat benda ni.Lagipun, dia kat Kuala Lumpur."

"Dollah yang pakai cermin mata tu?"

"Dollah tu kan dah bertunang. Dengan si Milah kampung sebelah. Tak mungkin dia."

"Habis tu sapa? Takkan cucu Nek Wan tu kot. Dah berkurun tak jumpa. Sejak dia ikut Mak Ayah dia." Leha kerut kening lagi. Konpius, konpius.

"Cop! Cop!" Leha pandang Siti. Ni apahal tibe-tibe nak main aci cop! Cop! Ni.

"Kau apahal?"

"Sah, memang dia!" Leha kerut kening lagi.

"Dia? Sapa?"

"Ipin. Cucu Nek Wan. Dia yang bagi benda alah ni kat kau." Leha pandang Siti lagi. Gila yakin muka member sorang ni. Sekali kalau salah malu je.

"Mana kau tahu? Lagipun dia dah lama tak balik kampung ni. Kalau Mak Ayah dia balik pun, takde pulak dia." Memang pelik bin impossible ni.

"Aku tau lah. Sebab sekarang ni dia ada kat kampung ni."

"Hah?" Leha buat muka tak percaya.

"Yup! Sumpah tak tipu. Dia balik dengan adik dia yang kecik." Siti angkat tangan gaya orang angkat sumpah.

"Mana kau tahu dia balik? Mak aku pergi rumah Nek Wan, takde cakap pape pun." Takkan Mak tak bagitahu. Selalu cepat je cerita anak teruna orang sampai kat telinga aku. Leha dah pelik.

"Aku tahulah. Tadi aku hantar kuih kat rumah Nek Wan, aku Nampak si Ipin tu kat beranda. Tengah sibuk dengan PSP. Hensem weyh dia sekarang."

"Memang tak salah lagi. Sekarang ni, kau kena tolong aku."

"Tolong apa?" Siti buat muka pelik.

"Temankan aku pergi rumah Nek Wan. Aku nak bersemuka dengan Ipin." Leha dah turun dari pondok tempat mereka duduk. Selipar disarung.

"Kau nak gi sekarang ke?"

"Yelah. Sekarang. Aku memang tak boleh nak tunggu lama dah ni." Tangan Siti ditarik. Kertas biru yang tadi diletak di atas lantai pun sama.

"Assalamualaikum!" Kuat suara Leha bagi salam. Kalau nak ikutkan, memang pintu rumah yang terdedah tu pun nak diredah je masuk. Tapi, Siti ni tiba-tiba jadi budak bersopan santun pulak.

"Waalaikumussalam." Satu suara kecik jadi tukang jawab salam. Tak lama, keluar pula tuan punya suara. Leha dah bukan sekadar yakin, tapi lebih dari yakin bila tengok muka budak kecik depan mata.

"Ekin, sapa?"

"Kaka.." Belum sempat Ekin nak habis menjawab, Ipin dah Nampak muka Leha kat anak tangga paling bawah.

"Ipin, kau sini jap!" Sekali takde intro, terus Leha panggil Ipin turun. Ipin yang tekejut tengok Leha ada kat bawah terus turun. Buat malu je kalau si Leha ni menjerit kat depan rumah macam ni.

"Leha." Sepatah je keluar dari mulut Ipin.

"Kenapa kau bagi ni kat aku?" Kertas biru yang tadi elok je duduk kat tangan dah selamat mendarat kat muka Ipin.

"Sebab aku suka kau lah." Terus straight to the point takde kona-kona Ipin bagi jawapan. Siti yang jadi pemerhati dah rasa nak gelak. Ekin pun dah turun elok je melekat kat tepi abang dia.

"Gila lah kau ni." Leha terus tarik tangan Siti balik rumah. Ipin tengok je.

"Abang, kenapa abang tak kejar kakak tu?" Suara Ekin masuk dalam kepala otak.

"Ekin naik dulu. Bagitahu nenek, abang keluar kejap." Ekin angguk je. Ipin dah lari macam orang tak cukup tanah pergi rumah Mak Nab.


 

"Leha, kenapa kau marah aku?"

"Sebab kau buat kerja gila."

"Gila ke?"

"Gila sangat. Ipin, kenapa kau pilih aku?" Leha senyum.

"Sebab hati aku kata kau special." Ipin pun senyum jugak. Tadi, lepas je elok Ipin sampai rumah Mak Nab, Ipin terus pergi dekat Leha yang tengah duduk sorang-sorang kat atas pangkin depan rumah. Siti pulak lepak je duk kait buat mangga. Lepas terang benda berkaitan hati dan perasaan, memang sah, dua-dua tak bertepuk sebelah tangan. Bukan susah pun nak pujuk Leha cengeng yang dah transform jadi ganas sikit nih. Rupa-rupanya, Leha marah sebab dulu, Ipin pindah tak pernah bagi khabar berita.

"Ipin, kau sekarang belajar kat mana?"

"Kat UK."

"Ambik apa?"

"Medic. Ko?"

"Kat UTM, Skudai."

"Owh. Takdelah jauh mana pun."

"Tak jauh? JB-Kedah tak dekat macam Gombak-Klang tau."

"Dekatlah compare ngan UK-Malaysia." Leha senyum kambing.

"Leha, nanti weekend ni, parents aku datang. Aku suruh dorang gi rumah kau ek?"

"Owh. Datang jelah. Macam tak biasa."

"Nanti ko pakai cantik-cantik ek?"

"Apsal pulak. Pakai macam biasa jelah."

"Mana boleh. Ko kena pakai cantik, sebab aku nak suruh parents aku pinang ko."

"Gila lah ko ni, Ipin." Leha dah malu-malu kucing terus lari masuk rumah.

"Leha, ko pakai cantik-cantik tau." Ipin jerit dari bawah sebelum berlalu balik.


 


 


 


 


 

No comments:

Post a Comment