Tuesday, October 20, 2009

Cinta Antara Kita- FINALE

Harlina bersiap-siap untuk keluar. Semalam, Farhan telah mengajaknya keluar ke bandar Kuantan untuk menonton wayang bersama-sama. Kadang-kadang Harlina terasa hendak tergelak pun ada, apabila sekali sekala dia teringat kembali perkenalannya dengan Farhan. Harlina seorang gadis yang langsung tidak mempedulikan orang di sekitarnya, terutamanya lelaki, tiba-tiba boleh rapat dan berkawan baik dengan seorang lelaki yang juga tidak menunjukkan minat pada perempuan di sekitarnya. Sejak periatiwa Farhan memujuknya yang sedang menangis di hadapan perpustakaan, Farhan dan Harlina mula menjadi kawan yang amat baik.

“Lina, kau dah siap belum?” Suara Aliah, teman sebiliknya mematikan lamunan Harlina.

“Dah nak siap pun.” Harlina mengadap cermin. Selendang bercorak berwarna ungu dililit ke kepalanya dan di pin kemas.

“Better kau cepat. Tadi, aku turun nak check mailbox, aku nampak si Farhan dah tunggu kat bawah.” Harlina terus terkelam kabut. Lip Ice Sheer Colour dioles sedikit ke bibirnya. Sling Beg warna Beige motif rama-rama dicapai an disilangkan ke badan.

“Okey. Aku dah siap. Kau nak kirim apa-apa tak?” Pintu bilik di tahan dengan tangan.

“Tak ada kot. Kalau ada apa-apa nanti aku call kau. Hati-hati tau, Lina.” Harlina hanya mengangguk mendengar pesanan Aliah dan terus berlari turun. Sebaik sampai di bawah, kelihatan Farhan telah pun tunggu.

“Sorry, awak. Saya terlama. Basuh baju kejap tadi.” Memang telah menjadi kebiasaan Harlina untuk membasuh baju-baju yang telah dipakainya sepanjang minggu pada pagi Sabtu.

“Tak apa, awak. Saya bukan dah tunggu lama sangat pun. Baru je sampai. Lagipun sekarang awal lagi. Sempat lagi nak dapat first bus ni.” Harlina kerling jam di tangan kanan. Memang masih awal. Langkah diatur kemas mengikut langkah lelaki dihadapannya. Farhan tidak berjalan disebelah Harlina, tetapi berjalan di depan Harlina, untuk mengelakkan sebarang prasangka. Dari jauh, sudah kelihatan bas menunggu di luar pagar.

“Mintak Matrik Card. Bagi saya punch. Awak naik dulu.”Farhan sudah berhenti di depan pondok pengawal. Harlina hanya menurut. Kad Matrik dari dalam beg duit dikeluarkan dan dihulurkan kepada Farhan.

“Saya copkan tempat untuk awak sekali ek. Thanx Farhan.” Harlina terus menuju ke arah bas dan Farhan ke pondok pengawal. Waktu masih awal, jadi tidaklah terlalu ramai pelajar yang beratur untuk punch kad di pondok pengawal.


Farhan hulur gelas kertas bercop Golden Screen Cinema berwarna kuning. Harlina ambil. Memang tekaknya agak haus. Farhan ni macam faham-faham la pula. Dia cukup selesa berkawan dengan lelaki itu. Dan Harlina mula sedar, ada sesuatu rasa yang telah mula berputik dalam hatinya setiap kali bersama Farhan.

“Awak, jom kita pergi makan. Saya dah lapar la.” Harlina hanya mengangguk tanda bersetuju dan terus mengekori langkah Farhan menuju ke Pizza Hut.

“Awak masuk dulu, order dulu. Saya ada benda nak beli kejap. Nanti saya datang.”

“Okey. Awak nak apa?”

“Anything. Hmm..jgn lupa chicken wing tau.” Harlina terus mencari tempat duduk untuk dua orang. Sambil menanti Farhan kembali. Harlina mengeluarkan barang yang dibelinya tadi.

“Awak.” Farhan terus duduk di kerusi berhadapan Harlina. Pizza yang mereka order belum sampai. Cuma air dan mushroom soup serta chicken wing yang terhdang di depan mata. Namun, seorang pun daripada mereka tidak menunjukkan minat untuk makan.

Kejapnya awak pergi.” Harlina usap kepala anak patung beruang kecil yang baru dibeli tadi. Tergantung elok di tepi telefon bimbitnya.

“Haah. Beli barang je kejap.” Farhan capai satu chicken wing.

“Awak, cantik tak? Cute kan. Saya beli tadi.” Harlina gerak-gerakkan telefon di depan mata Farhan.

“Iskh, jauhlah awak.” Farhan terundur ke belakang.

“Kenapa? Tak comel ke?” Tetap tak alih.

“Tak. Comel.Tapi, jangan letak depan saya.” Farhan buat muka pelik. Harlina buat-buat tak faham.

“Hahahaha…Awak mesti geli dengan bulu.Kelakar lah.”

“Yelah. Saya kelakar. Okey. Awak bawa benda ni jauh-jauh.” Chicken wing di tangan dah jatuh dalam pinggan kat depan.

“Okey. Tapi awak belanja saya aiskrim ngan coklat lepas ni.?” Harlina ugut sikit. Padahal dalam hati dah tak tahan nak gelak. Ada juga lelaki yang macam ni. Nampak macho sekali geli ngan bulu lah pula.

“Janji.” Harlina terus alih patung beruang. Phone dimasukkan balik dalam poket seluar belah kanan. Time tu jugak cik waitress datang hantar pizza.
“Awak nak tak ni?” Pura-pura bertanya. Tangan dah capai sudip pizza.

“Mestilah nak.” Pizza terus masuk pinggan. Farhan senyum. Pisau dan garpu dicapai. Turn Harlina pula. Sekeping lagi pizza berpindah tempat.

“Harlina, saya ada benda nak cakap ngan awak nih.” Harlina terus angkat muka. Pandang lelaki di hadapan.

“Apa?” Terus sudu sup di tangan diletakkan. Berhenti menyudu sup masuk mulut.

“Hmm..Sa..saya..”

“Farhan, sejak bila awak jadi tergagap-gagap ni. Parkinson ek?” Farhan kat depan dah nak berpeluh. Nak buat camna nih. Aku tak ada kekuatan. Nak cakap cam mana nih..

“Farhan!” Harlina sergah sekali. Farhan terkejut. Terus dan dengan automatik, tangan kanan dah letak kad dengan hadiah atas meja. Betul-betul depan Harlina.

“Hah, Apa ni, awak? Tadi gagap. Ni dah pakai kad segala la pulak.” Tapi, tangan Harlina tetap buka kad depan mata.

SAYA SAYANG AWAK. JADI SURI HATI SAYA?
-farhan amin-

Harlina terdiam kejap. Dalam hati memang ada sayang buat Farhan. Tapi, sebab terkejut, mulut tetap diam tak bagi jawapan. Farhan juga tiba-tiba jadi bisu. Minda dah cari bahan bukti untuk buat keputusan. Setuju? Tak setuju? Tak, aku tak boleh cepat sangat. Kena ambil msa untuk diri sendiri. Minda da suruh benda lain.

“Saya…Setuju.” Aik, kenapa mulut aku nih? Lain aku fikir lain mulut kata. Harlina dah malu. Apatah lagi bila nampak senyuman kat bibir Farhan. Pizza dah diambil lagi satu. Nak tutup malu. Tapi dalam hati dah berbunga bahagia.

“Thanks, Kaseh.” Farhan dah rasa bahagia. Dunia ini ana yang empunya..hahaha..

===============================================================

Hubungan antara Farhan dan Harlina bukan lagi menjadi rahsia dalam kalangan teman baik mereka. Walaupun begitu hanya Syarhan, Haris, Azie dan Aliah yang mengetahui tentang hubungan mereka. Teman-teman sekelas dan sebilik yang lain langsung tidak mengetahui. Walaupun Farhan dan Harlina bukan lagi sekadar kawan, tetapi mereka tidak seperti pasangan lain yang seperti belangkas. Petang itu, Harlina bersama Aliah dan Mastura, kawan sekelas Aliah bercadang untuk berbasikal bersama-sama mengelilingi kawasan kolej. Harlina sepatutnya minum petang bersama Farhan, tapi disaat akhir, Farhan membatalkan. Katanya ada latihan ragbi di padang. Selepas meminjam basikal dari stadium, mereka bertiga mula mengayuh meninggalkan kawasan stadium dan mula mengelilingi kawasan kolej yang sedikit berbentuk bulat.

“Lina, nanti dah sampai atas, kita lepak kat kafe tepi library tu okey tak?” Tiba-tiba Aliah bersuara memberi cadangan. Mastura hanya bersetuju.

“Okey gak. Tapi, apa kata kalau kita lepak kat Kafe dekat One Stop Centre. Kat situ petang –petang ni best gak.

“Hmm..ikut kau jelah. Aku pun tak penah lepak situ agi.” Aliah bersetuju.

“Okey, jom kita usha dulu. Kalau tutup, kita singgah kat library jelah ye.” Harlina tiba-tiba teringat, bukan setiap hari cafĂ© tersebut buka sehingga petang. Mereka mengayuh basikal masing-masing memasuki lorong belakang Blok B1dan lalu di hadapan cafe.

“Alamk, Lina, tutuplah.” Mastura yang berada di hadapan meberitahu.

“Kena singgah kafe atas jugak lah nampaknya.” Harlina hanya mengikut. Lagipun, kafe tepi library itulah tempat bermulanya perkenalan rasmi antara Harlina dan Farhan. Mereka bertiga saling kejar-mengejar antara satu sama lain, tapi, Harlina berjaya mendahului. Harlin memberhentikan basikalnya di kawasan kosong berhampiran kafe.

“Alamak, Lina menanglah, Mas.” Aliah tepuk dahi. Selalunya, dia yang akan mendahului, tapi kali ini nampaknya nasib menyebelahi Harlina.

“Korang, cepat ah. Ke korang nak aku gerak dulu. Aku gi sana dulu nih.” Harlina mula atur langkah ke kafe. Tiba-tiba langkahnya terhenti. Sepasang kekasih yang kelihatan amat mesra pada pandangan mata Harlina sedang enak menjamu selera.Lelaki yang leka memandang wajah gadis pasangannya dan asyik tersenyum bahagia+menggoda dari tadi itu menarik perhatiannya.

“Aliah, Mas, kita balik jelah. Lepak kat kafe C.” Harlina pusing. Kakinya laju menuju ke arah basikal.Dunianya macam terhenti seketika.

“Kau okey ke ni? Nape weyh?”

“Okey je.” Aliah dan Mas hanya mengikut Harkina yang dah pun mula mengayuh.

*******************************
Seperti hari-hari biasa, jika bukan bersama Harlina, Farhan akan bersama adiknya, Syarhan dan Haris.

“Aku dengar kau dah ehem-ehem ngan minah hati kering tu. Betul ke weyh?” Farhan duduk berhadapan Haris. Dia tarik senyum.

“Apa kes senyum-senyum ni weyh?” Haris capai sudu ABC.
“Hah, aku tahu, kalau senyum camni, mesti dah kan. Weyh, Farhan, hati kau tu kalau aku tanya, memang tak pernah tipu tahu?” Farhan masih diam.

“Kau kenapa? Tadi senyum ni diam lak. Probs?” Syarhan tanya. Farhan kembarnya. Sekilas ikan di air, dia dah tahu jantan betinanya.

“Entah.”

“Entah je kau jawab? Cuba bawa berbincang. Aku tahu kau ada probs. Kau tahu tak, Two heads make a plane?” Syarhan pandang tajam Farhan.

“Wait,wait,wait! Mana kau dapat proverb camtuh? Dalam Oxford takde pun, MacMillan lagilah aku rasanya.” Haris tiba-tiba menyampuk.

“Habis tu si Wright Brothers tu, tak ke dua orang equal to dua kepala boleh cipta plane? Apadaa…”

“Dahlah, korang. Aku cite.” Haris tak jadi buka mulut. Syarhan pun dah diam. Kisah si pencipta kapal terbang vs proverb dilupakan jap.

“Okey, camni. Entahlah.”

“Woit, bro. Pehal nih. Cerita lah. Sekerat-sekerat.” Haris dah masuk tone bangang. ABC disudu. Masuk mulut.

“Yes, She was mine.”

“Meaning?” Dua suara tanya serentak. Muka tak faham.

“Kitorang declare. Hari tu, tapi, now, she’s missing.”Farhan tunduk

“Missing? Ada je aku tengok gi kelas hari-hari. Missing apanya?” Haris tayang muka pelik.

“Aduyai, kau ni.Maksudnya budak tu tak contact Farhan. Bukan hilang dari mata tahu tak?” Haris angguk tanda faham.

“Aku tak tahu mana salah aku. Tiba-tiba, aku ajak lepak, taknak, aku call jarang angkat, sms tak reply. Aku pun tak tahu.”

“Aku baru ingat aku bakal pokai bulan ni. Selamat poket aku.”

“Kenapa nak pokai pulak? Papa masuk duit lebih kan bulan ni.” Farhan pelik.

“Yelah, dah aku ingat kau dah menang bet tu. Kan ke hari tu, kita setuju pasal kau tackle minah hati kering tu.” Syarhan senyum. Haris buat muka tak boleh blah.
“Bukan rezeki aku lah tu.” Farhan tunduk tengok ABC depan mata yang dah nak start cair. Langsung dia tak sedar akan kehadiran seseorang yag turut terdengar perbualan mereka. Ada hati yang menangis.

********************************
Harlina masuk ke dalam Toy ‘R’ Us. Sementara menunggu Azie yang hilang bersama Haris, buah hatinya, Harlina berniat untuk mencari hadiah hari jadi untuk si kecil Dania, anak angkatnya juga anak kepada Haris dan Azie. Siapa sangka Azie, teman baiknya sejak lapan tahun lalu sudah menjadi isteri dan ibu. Dan tidak pernah terlintas Azie akan jatuh cinta dan berkahwin dengan Haris, teman sekuliah mereka yang tidak pernah sebulu dengan Azia. Dalam usia 27 tahun, sudah ramai, teman-temannya yang menamatkan zaman solo mereka. Paling kurang pun, sudah ada yang berpunya. Cuma dia yang belum menemui calon yang sesuai. Kadang-kadang Harlina turut terfikir, mungkinkah hatinya masih milik lelaki itu? Lelaki yang pernah bertakhta dihatinya lapan tahun dulu. Lelaki yang disangkakan telah merobek hatinya sehingga hubungan mereka putus.

“Owh, sorry.” Harlina tersedar. Tidak sedar dia telah melanggar seseorang.

“It’s okay.” Lelaki dihadapannya bangun setelah memungut kembali set Barbie yang dipegangnya.

“Sorry again, I’m Harlina.” Farhan tersentak. Nama yang tersemat disudut paling dalam hatinya sejak lapan tahun dulu. Farhan angkat muka. Mungkinkah ini Harlina yang sama?

“Farhan.”Hanya sepatah nama itu yang keluar dari bibir Harlina apabila wajah lelaki itu jelas pada pandangannya. Masa telah lama berlalu, namun, sebanyak mana sangatlah wajah mampu berubah. Cuma lelaki dihadapnnya kini semakin matang.

“Kaseh Harlina.” Dan gadis dihadapannya juga sudah semakin cantik. Farhan tarik senyum. Kembali ke dunia asal.

“You look matured.”

“You look prettier.” Senyap.

“Hmmm…dah lama tak jumpa, have a chat, shall we?” Farhan pecah lesunyian. Harlina tersenyum. Mungkin ini masa untuk merungkai segalanya.

“I need to pay this first.” Harlina angkat bear sederhana besar. Terus menuju ke kaunter. Farhan juga.

“Saya minta maaf kalau dulu, saya salah.” Farhan pandang Harlina. Mengaharpkan kemaafan dari gadis itu.

“Nothing lah. Yes, I thought it’s your fault. Before. Tapi, sya dah tahu yang betul. Syarhan dan Haris dah explain everything.”Harlina senyum. Dia sudah lama tahu kebenarannya. Bila dia bertemu dengan Syarhan di Majlis Perkahwinan Haris dan Azie empat tahun lepas.

“So, you know Syarhan?”

“Yes. Saya tahu yang saya nampak kat kafe tu, is Syarhan Amin, not Farhan Amin. Dan apa yang saya dengar about the betting thingy is not your idea. Saya tahu yang Syarhan dan Haris gunakan bet tu supaya awak try to get me. And try to be friend with girls.” Farhan terkedu. Tak tahu nak cakap apa. Selepas lapan tahun, dia baru tahu punya kedinginan Harlina.

“So, semuanya dah jelas salah saya sebab terlalu terburu-buru, and I’m sorry. I’m really sorry.” Harlina minta maaf. Memang bukan salah Farhan semua itu berlaku.

“Farhan? Awak maafkan saya tak ni?” harlina apandang Farhan yang memandangnya tak berkedip.

“Hah? Owh. I always love you and will always forgive you.” Lembut kata-kata itu keluar.

“I miss you.” Harlina tunduk. Dah rasa darah datang menyerbu muka.

“Marry me?” Harlina pula terdiam. Secepat inikah? Lelaki dihadapannya memang tidak pernah berubah sentiasa dengan kejutan.

“You never change.” Harlina senyum. Mengangguk perlahan. Farhan rasa bunga-bunga bahagia dah muncul. Telefon Harlina yang berbunyi tiba-tiba menganggu merpati dua sejoli yang baru nak sambung lagu cinta.Mesej dari Azie.

+Kat mana?

-Secret Recipe. Dengan someone. Wait here.

“Still minat bear ke?Never change.” Farhan pandang bungkusan atas meja.

“Owh, this Hairy Beary. Not for me.” Harlina letak dekat dengan Farhan. Farhan terundur.

“Bawa benda ni jauh. Geli.”

“See. I told you. You never change. Awak beli tadi untuk sape? Don’t tell me it yours!”

“Birthday present for Dania.Haris’ daughter. From her ‘Daddy’.”

“This is for Dania too. From her ‘Mummy.” Dan dua hati bersatu kembali. Untuk hari ini, esok, dan selamnya.

No comments:

Post a Comment