Wednesday, February 3, 2010

Sunshine 3

"Weyh, dah habis study belum?"

"Study apa? Aku kan pelajar berjaya, study dah. Revision je belum." Pap! Sekali kena sekeh.

"Sakit dowh." Adif gosok kepala.

"Sape suruh kau main loyar buruk ngan aku. Kan dah kena." Afiq duduk atas katil.

"Kalau aku nak jadi lawyer, baik aku convert law." Adif masih jawab main-main. Saja.

"Tak habis-habis. Kau nak kena lagi ke? Lagi sekali kau buat, aku tak tergak-agak nak campak kau masuk sungai depan CAC tuh." Adif tarik sengih kambing.

"Okey2. Kau ni, kot ye pun nak campak aku, pilih ah sungai yang cantik sikit. Ni, bagi sungai yang dah kaler sama ngan teh tarik mamak HS tuh buat apa."

"Zaf mana?" Dari pagi muka mamat sekor tu tak Nampak-nampak.

"Entah. Keluar kot." Adif jawab ringkas.

"Ye ah tuh. Kalau tak, asal bangun je, belum sempat buang tahi mata, dah tercongok kat bilik ni. Gaya tak ada bilik sendiri je mamat sekor tuh."

"Paper kau habis bila?"

"14. Pastu aku terus balik." Adif tarik buku History atas meja. Tiba-tiba terada perasaan nak baca buku.

"Kau tak sama dengan aku ke?" Afiq capai nota atas meja study Adif.

"Kau paper last apa?"

"CCT" Afiq meniarap atas katil.

"Aku tak ambik CCT."

"Tapi kan, apsal awal sangat kau nak blah. Selalu kau stay sampai 2 3 hari." Afiq pandang Adif atas kerusi.

"Umi aku suruh balik awal. Hal penting apa entah." Adif jungkit bahu.

"Nak suruh kau kahwin tak?" Afiq tahan gelak dengan ayat sendiri.

"Sial lah kau ni. Ada ke patut. Ni memang mengundang kemarahan aku ni."Adif dah letak buku atas meja balik. Terkejut.

"Aku main agak je." Afiq senyum kambing.

"Masin mulut kau memang aku bawak kau pergi tasik belakang tau. Tak pun rendam kau dalam kolam kat Male."

"Fuh, selamat. Nasib baik bukan selam dalam sungai depan CAC." Afiq gelak lega. Adif tarik balik buku. Sambung baca. Esok final exam dah nak mula. Layan mamat Afiq ni, sampai pagi esok pun belum tentu habis.


 

Glossary: CAC- Cultural Activities Centre

CCT- Creative Thinking and Problem Solving

HS- Human Sciences (merujuk kepada kafe)

"Fuh! Lega. Heaven!" Ain tarik semua nota masuk beg. Habis segala nota yang bersepah kat luar hall dikaut sumbat dalam beg.

"Celebrate jom?" Mila angkat kening sebelah.

"Cool! Makan kek nak?"

"Aku datang tadi tak drive, so, takleh gi Secret Recipe." Ain sengih panjang.

"Ainon's sudah." Laju je Ain jalan menonong naik tangga EDU nak pergi Ainon's.

"Aku nak makan Kyros. Jom!" Mila tarik handbag yang diletak kat tepi pintu banquet. Elok sampai aje kat atas, Ain terus letak buku atas meja paling hujung tepi Kyros Kebab. Tanda tempat. Kalau lambat memang melepas lah.

"Ain, kau Nampak tak kat meja tepi tuh?"

"Kenapa? Ada mat saleh hensem ke weyh?" Ain sudu Blueberry Cheese Cake masuk mulut.

"Bukanlah."

"Dah tu? Kalau setakat mamat Pakistan baik tak payah."

"Classmate poli aku yang aku pinjam assignment hari tu." Mila suap kebab masuk mulut.

"Owh. Yang bajet poyo tuh ke?"

"Hensem tuh. Boleh kau kata bajet poyo."

"Hensem apa nye? Jangan kata kau dah sangkut kat sorang mamat tu?" Ain buat muka tak percaya+tak suka.

"Taklah sangkut. Tapi kalau dapat mamat yang pakai speck tu okey gak." Mila tarik senyum gatal.

"Ko memang. Asal mamat pakai speck je, hensem. Agaknya kalau mamat negro sebelah ni pakai speck pon kau kata hensem kan?"

"Kot ye pun, agak-agak la beb. Mamat negro ngan mamat melayu jauh beza tuh. Taste aku taste melayu agi tau." Mila toleh curi pandang kat meja hujung tempat Afiq dan member-membernya lepak.

"Hi, sweety!" Mila angkat muka. Hati dah berbunga-bunga. Perasan lah kononnya.

"Sweety ke, Tweety ke takde kat sini." Ain buat muka blah-ko-dari-sini.

"Sorry, sis. Just nak tanya, assignment hari tu, dah habis pakai belom?" Mila terus tunduk. Malu beb. Sekali nak tanya pasal assignment yang aku pinjam hari tu je.

"Hmm..Dah. Alhamdulillah. Dah selamat letak kat bawah pintu bilik sir."

"Owh okeylah tu." Afiq letak punggung kat sebelah Mila.

"So?" Mila pandang Afiq kat sebelah. Mamat hensem, gerak lah ko balik ketempat kawan-kawan ko bertapa. Teman bermain hamba sudah mula naik angin Giant nih.

"So,,,can I have my assignment back?" Afiq tarik senyum sehabis kacak yang boleh. Ain yang dari tadi duk berasap je tak dipedulikan.


 

No comments:

Post a Comment