Tuesday, October 20, 2009

Cinta Antara KIta - Part 1

“Azie, aku gerak dulu lah. Aku dah lambat ni. Janji dengan Aliah.” Tergocoh-gocoh Harlina keluar dari bilik kuliah. Menggunakan tangga atas yang lebih dekat. Suasana hingar bingar bilik kuliah sebaik kuliah tamat ditinggalkan. Fail biru nipis di tangan di bimbit. Terayun mengikut ayunan langkahnya yang laju. Sekarang ni dah pukul 4 lebih. Kalau lambat mesti tak sempat dah. Mesti Aliah dah ada kat depan Double A ni. Ni sebab Lecturer Greng-greng tulah yang lambat ni. Telefon dari dalam fail dikeluarkan. Fail kotak. Senang nak letakkan semua barang, Telefon pun boleh masuk. Disebabkan kekurangan kredit, Harlina menghantar mesej sahaja. Keypad ditekan.

+ Aliah, aku dah otw ni. Ko kat depn Dble A ag kan? Tggu c2, japgi aku smpai..

Butang send ditekan. BUKK!!! Telefon ditangan tercampak. Harlina menggosok bahunya.

“Sorry. Sorry. Saya tak sengaja.” Suara yang kedengaran diabaikan. Harlina lebih pentingkan Aliah yang telah menunggu di Double A. Sebuah kedai yang menjual alat-alat tulis dan perkhidmatan fotostat dan binding di kolej. Fail yang jatuh di depan mata diambil. Telefon Nokia 2100 yang dah pun terburai segala isinya di hujung tiang dipandang. Harlina bangun sambil tangan kanannya membetulkan duduk keronsang dibahu yang bergerak akibat perlanggaran.

“Sorry lagi sekali.” Harlina angkat muka. Baru dia mahu tunduk mengambil telefon yang terburai, sudah ada tangan yang menghulurkan telefon tersebut.

“Thanks.” Harlina angkat muka. Telefon bimbit yang sudah kembali ke bentuk asal diambil. Wajah dihadapan direnungnya.

“Takda apa lah. Salah saya.” Harlina diam. Dalam hati, yakin bahawa kesalahan itu terletak di bahunya. Jalan tak pandang ke depan.

“Nope. My fault. Jalan tak pandang kiri kanan pastu laju pulak tu.” Lelaki itu hanya tersenyum dan mengangkat nahu sedikit tanda tidak kisah sebelum berlalu. Meninggalkan Harlina yang masih memegang telefon di tangan.

“Aliah, aku lambat. Sorry.” Bahu Aliah ditepuk perlahan dari belakang.

“Kau pergi mana, Lina? Aku ingat kau dah tak datang tadi.” Aliah lambai tangan pada kawan-kawannya yang dah menghala ke kafe.

“Aku habis kelas lambat. Pastu tadi terlanggar dengan budak mana entah. Habis pecah phone aku.” Telefon di tangan di tunjuk pada Aliah.

“Owh. So, sekarang telefon kau dah okey balik ke?”

“Dah. Budak tu dah tolong betulkan. Jom kita singgah ‘starbuck’ jap. Aku tersa nak makan karipap situ lah.” Tanpa menunggu persetujuan Aliah, Harlina menarik perlahan tangan temannya itu menuju ke ‘starbuck’ yang cuma bersebelahan dengan tempat mereka berdiri. Café yang dipanggil starbuck itu sebenarnya merupakan sebuah café yang menjual, kek serta roti, dan minuman.

“Kau nak karipap?” Aliah dipandang sekilas.

“Boleh gak. Satu jelah. Duit belum masuk lagi lah.”

“Kak, nak karipap 6. Yang panas-panas tahu. Daging ek, kak?” Seperti selalu, Harlina berdiri di hadapan kaunter. Nasib baik mereka awal. Kalau tidak memang tidak sempat merasa karipap starbuck yang sangat sedap. Kakak yang menjual hanya tersenyum. Cukup kenal dengan gadis didepannya.

“Ni dia. Awal Lina hari ni?” kakak yang dikenali sebagai Kak Mira menegur.

“Kelas hari ni sampai pukul empat je. Ni pun dah kira lambat ni. Kak, Mocha takde ek kak?” Mata Harlina memandang sekilas pada tong ice blended Mocha Freez yang terletak di sudut kafe.

“Tak ada lah Lina. Selalu orang tak beli sangat Mocha. Diaorang prefer Mango. Tu yang akak jarang buat Mocha.” Tiga keping wang kertas 1 ringgit bertukar tangan.

“Takpelah, kak. Saya balik dululah. Malam ni ada group discussion.” Aliah dan Harlina terus berjalan meninggalkan starbuck dan menuju ke kafe kolej kediaman mereka untuk membeli makan malam.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Weh, semalam aku terlanggar dengan budak tu lah weh.” Farhan tolak bahu Syarhan. Syarhan automatik pandang sebelah kiri. Budak perempuan dalam baju kurung hijau kosong dan selendang krim terlayar di ruang mata.

“Budak baju hijau tu?” Farhan balas dengan anggukan.

“Kau kenal?” Farhan pandang Harlina sehingga gadis itu hilang di balik pintu makmal.

“Tak kenal sangat, tapi tahu. Kenapa? Dah sangkut?” Syarhan pandang Farhan. Sambil berjalan ke pintu lif. Farhan tunjuk arah tangga. Malas mahu menggunakan lif. Bukan kejar kelas pun.

“Aku bukan macam kau. Asal tengok pompuan je, sangkut.” Faham dengan Syarhan. Mereka bukan baru kenal semalam, tapi sejak dari dalam rahim ibu mereka. Mereka kembar seiras tapi, Farhan dan Syarhan punya perangai yang berbeza.

“Yelah, abang aku ni baik, tak main pompuan. Okey, back to the topic.”

“Siapa budak baju hijau tu?” Belum sempat Syarhan menyambung, Farhan dah menyampuk.
“Wow, excited nampak!” Farhan tumbuk bahu kembarnya. Pintu bilik yang tidak berkunci ditolak sebaik sampai di bilik. Mungkin teman-teman sebiliknya dah balik.

“Kau nak bagitahu ke tak ni?” Farhan terjah katil Syarhan yang berdepan dengan katilnya sebaik beg dandang di campak ke atas katil. Tali leher dilonggarkan dan turut dicampak ke arah katilnya.

“Weyh, Twins! Ada benda yang aku perlu tahu ke?” Tiba-tiba entah dari mana munculnya, Haris teman sebilik mereka tiba-tiba menyampuk.

“Nih, Farhan ni. Dah minat ngan sorang minah tu. Yang teraccident dengan dia semalam.” Syarhan pecah rahsia.

“Sape-sape?”

“Minah hati kering tu.” Haris terkejut. Bulatkan mata.

“Korang kenal budak tu ke? Bagitahu lah aku.” Farhan buat muka sedikit mendesak.

“Nama dia Harlina. Budak Fizik. Satu kuliah dengan aku.” Haris pula jadi tukang cerita. Dah tukar tempat dengan Syarhan. Farhan hanya angguk.

“Tapi, dia ni lain sikit.”

“Lain camna?” Makin bersemnagat Farhan untuk mengetahui tentang gadis bernama Harlina.

“Sama dan sepadan lah dengan kau, Farhan.” Syarhan longgarkan tali leher.

“Dia tak layan lelaki langsung. Tak ambil tahu pun.”

“Kenapa sama dengan aku pula?”

“Sebab Farhan Amin yang aku kenal memang tak ambil port pasal kaum hawa.” Haris dah balik tempatnya. Tahu tak lama lagi bantal kecil di atas katil syarhan bakal menciumnya kalau dia tak lari.

“Ting! Kita bet.” Muka Syarhan dah bersinar. Idea dah datang.

“Bet apa?” Farhan buat muka blur. Haris dah pusing balik join the conversation.

“Kau tackle dia. Dapat memang aku tabik spring sarjan misai ah.” Farhan diam berfikir.

“Okey.” Farhan berlalu kembali ke tempatnya.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Harlina duduk di kerusi tinggi di tepi dinding starbuck. Fail kotak yang memang sentiasa bersamanya diletakkan di atas meja. Mocha Freez di tangan turut diletak sama. Sesekali mata mengarah ke arah laluan gajah menyusu bangunan makmal biologi. Buku Tutorial matematik dibuka. Sementara menunggu Aliah keluar dari makmal, lebih baik siapkan assignment. Kalkulator saintifik 570 dan sebatang Pilot Shaker 0.7 dikeluarkan dari fail kotak. Ligat tangannya menekan kalkulator dan menulis sesuatu di atas kertas.

“Hi!” Harlina pandang kiri. Seorang budak lelaki memakai kemeja hitam berjalur dan tali leher plain warna kelabu di depan. Duduk di kerusi yang bersebelahan dengannya. Harlina tarik senyum dan kembali menyambung kerjanya.

“Ingat saya lagi tak?” Farhan cuba tarik perhatian.

“Kita pernah jumpa ke? Cannot recall.” Pilot Shaker ditangan diletakkan. Buku di tutup.

“Saya yang terlanggar awak hari tu. Kat depan tu.” Farhan cuba membantu Harlina mengingat peristiwa beberapa hari lepas.

“Owh.” Tangan Harlina kembali ligat. Bukan menulis tapi mengemas semua barang-barangnya. Telefon dikeluarkan dari dalam fail.

“Your phone yang jatuh hari tu, okey?” Farhan cuba cari topik. Nak ajak Harlina berbual.

“Tak. Dah hancur.” Harlina tayang perlahan telefon di tangan. Lagi mau tanya ke. Farhan diam. Tersalah soalan la pulak. Harlina tiba-tiba bangun dan berlalu meninggalkan tempat itu.

“Mission failed.” Farhan ambil beg dia ats meja sebelum bangun dan mengekori langkah Harlina dengan pandangan yang penuh erti.
===============================================================
“Lina!” Azie kejar Harlina dari belakang.

“Kau nak pergi mana ni?”

“Ambil nota fizik. Kat tepi library. Kenapa? Nak ikut?” Azie hanya mengangguk.

“Hmm…Lina, tadi ada budak tu tanya pasal kau.” Azie teringat budak lelaki yang duduk di line lebih atas daripada dia dalam dewan kuliah.

“Yer? Not interested.” Harlina langsung tidak berminat nak ambil tahu tentang siapa yang bertanyakannya. Sebab memang dia tahu pasti budak lelaki.

“Dia suruh aku bagi ni kat kau. Ada orang suruh dia bagi.” Harlina hanya tarik kad dari tangan Azie. Disimpan dalam fail.

“Nak ambil nota fizik. Faizal.” Harlina sebut nama ketua kelasnya yang menghantar nota untuk dofotostat sebelum ni. Sebagai memudahkan urusan kakak di situ mencari bahan tersebut. Azie di sebelah hanya diam. Duit bertukar dengan sebundle kertas nota.

“Hmm…Azie, kau kalau nak balik, balik dululah. Aku nak kena tunggu pak cik Faizal ni kejap. Nak bagi nota.” Tangan menekan keypad telefon. Menghantar mesej kepada faizal.

“Owh. Okey. Aku pergi dululah ye. Nanti kau dah buka kad tu, bagitahu lah aku.” Tersengih Azie sebelum berlalu meninggalkan Harlina keseorangan. Harlina duduk di atas bangku panjang di tepi kolam ikan depan library. Sementara menunggu Faizal, dia mengambil kad yang diberi Azie tadi.

SALAM PERKENALAN. Friends?
-Farhan Amin-

‘Entah sape-sape entah’ Gumam Harlina. Kad kembali disimpan. Tidak gemar dengan mereka yang menghulurkan salam perkenalan tanpa menunjukkan muka. Lebih-lebih lagi mereka yang bergelar kaum Adam.

“Assalamualaikum, Madam.” Lecturer yang lalu dihadapan ditegur. Harlina bangun.

“Waalaikumusalam. Hah, Harlina! Where’s your group’s paperwork?” Harlina terdiam. Sepatutnya tugasan berkumpulan dihantar 2 hari sudah.

“Hmm..I think, Syafiq has pass up the papework. I’m not sure. Sorry, Mdm.” Harlina dah nak start marah tapi ditahan. Ni yang aku tak suka buat kerja dengan boys ni. Lambat.

“I’ll double check. Maybe I misplace them somewhere. But, if memang you all tak passup the assignment yet, I cannot help you. I give you zero.” Harlina dah rasa muka panas. Air mata dah bertakung kat birai mata.

“Okey.” Lecturer dah berlalu. Harlina senyap lama.

+Dah hantar belum paperwork? Mdm dah tanya. Dia nak bg 0.

Mesej ditaip dan dihantar kepada Syafiq. Faizal yang ditunggu dah dilupakan. Paperwork yang hilang lebih menarik perhatian.

-Hantr esok. Tgh buat cover. Dah ko nk satu grup ngn kitrg, tanggung ah.

Harlina dah rasa macam nak hantuk kepala kat dinding. Bengang. Air mata yang tadi bertakung dah mengalir. Macam empangan pecah.

+Aku tak dapat trun. Bg esk je. Smpn dlu.

Mesej yang datang dari Faizal menambahkan rasa sakit hati. Lelaki memang semua tak guna. Buat sakit hati je. Harlina kesat air mata denagn jari. Tapi seolah degil untuk berhenti, air mata masih mengalir. Terhinjut-hinjut Harlina menahan tangis.

“Awak” Harlina angkat muka. Air mata di seka dengan hujung lengan baju. Sehelai sapu tangan terpampang di layar mata. Lelaki yang menghulurkan sapu tangan tadi dipandang. Budak hari tu. Teringat kembali peristiwa perlanggaran dan di starbuck. Walau rasa marah terhadap lelaki masih berja di hati tapi lelaki yang seorang dihadapannya ini tidak pula tersa nak dihalau. Sebaliknya, tubuhnya dikesot ke tepi.Tanda memberi ruang lelaki itu duduk. Sapu tangan di capai.

“Kenapa awak nangis?” Farhan tanya lembut. Namun, soalannya dijawab dengan air mata. Harlina kesat lagi air mata dengan sapu tangan kelabu di tangan kanannya.

“Awak, dahlah. Jangan nangis. Orang tengok nanti ingat saya buat apa-apa dekat awak pulak.” Farhan dah cuak dalam hati. Aku bukan reti nak pujuk orang tengah nangis ni. Telefon dikeluarkan. Mesejdihantar kepada Syarhan.

+Buaya, camna nak pujuk awek tengah nangis? Tolong weyh.

-Bawa pergi kafe. Bagi minum air. Pastu ko ckp lmbt2.

Telefon disimpan dalam poket. Harlina yang masih teresak-esak dipandang.

“Awak, jom kita pergi sana.” Bagai ada kuasa magic, Harlina hanya menurut. Kafe sebelah library menjadi sasaran. Farhan tarik kerusi untuk Harlina. Langkah kaki diatur ke kaunter untuk memesan air. Chocolate shake dan Iced Lemon Tea dipesan.

“Ni air awak. Relax. Dah jangan nangis. Cerita kat saya kalau awak ada problem.” Lembut memujuk. Harlina seka air mata sekali lagi. Chocolate Shake depan mata di minum.

“Assignment saya kosong markah.” Perlahan-lahan Harlina angkat muka. Pandang wajah dihadapannya.

“Itu je ke? Sampai awak nangis tak cukup tisu ni?”

“Saya geram. Group member saya tak hantar assignment tu. Sebab tu markah kosong.”

“Awak, bukan salah awak. Salah group member awak lah. Mungkin dah nasib awak. Ini pengajaran.”

“Memang. Pengajaran untuk saya supaya tak buat kerja atau terlibat dengan lelaki lagi.” Farhan dah terdiam. Ni dah masuk gender bias ni.

“Bukan semua lelaki macam tu. Saya lain.” Harlina diam Farhan renung mata sembap gadis di depannya.

“Mungkin.” Air mata Harlina dah berhenti. Mungkin sebab dah rasa sedikit tenang bila dia dah luahkan apa yang terbuku di hati.

“Try me. Kita kawan. Then, you’ll know me.” Farhan senyum. Harlina berfikir. Mungkin dia patut beri peluang kepada lelaki dihadapannya. Chocolate shake direnung.

“Okey. Saya Harlina. Kaseh Harlina.” Harlina hadiah senyum perkenalan.

“Farhan. Farhan Amin.” Farhan turut senyum. Harlina seperti teringat sesuatu. Kad! Kad yang baru diterima tadi dikeluarkan.

“Kad ni, awak bagi?” Muka rasa curious habis. Kad diletakkan di depan Farhan.

“Yup. Tanda perkenalan.” Harlina hilang rasa marh tiba-tiba tengok wajah didepannya. Senyum ikhlas diukir.

“Kita kawan.” Farhan bersorak dalam hati. Mission Accomplished!.


P/S: Cerita ni tak habis lagi..Panjang sangat rasanya. So, smbungannya selepas ni. Ni Cerpen sebenarnya. Okey, njoy reading. n comments pliz...

No comments:

Post a Comment