Monday, October 19, 2009

Pelangi Cinta (Pengenalan)

Aku ibarat sekuntum bunga yang tidak pernah mekar lantas tiada seekor kumbang punyang tertarik...Aku ibarat sang puteri yang tidah mampu untuk disentuh sesiapa...ibarat bintang yang langsung tidak mampu digapai walau oleh bulan di langit. namun, aku juga cuma wanita biasa yang punya keinginan. untuk dicinta dan mencinta.
-Cinta Nurain-

Aku sudah serik dengan permainan bunga. Kerana mereka bukan sekuntum, aku tidak mampu untuk mencari bunga yang menarik perhatianku. Aku sedar, aku masih perlu mereka dalam hidup, namun mampukah aku membenarkan diriku untuk mencintai dan dicintai mereka??? Aku tidak mahu menjadi bulan yang dirindukan pungguk kerana aku bukan patut dirindui. juga aku bukan pemburu bintang di langit yang hanya tegar menyimpul angan.
-Farish Hakim-

Cinta dua hati kadang kadang begitu menyakitkan. kadang-kadang manusia hanya mampu membiar cinta mereka pergi tanpa mengejar. Ada yang suka memandang masa lalu tanpa sedar ditinggalkan hari depan. Ada yang masih suka berkubang dengan lumpur derita kenangan tanpa mahu memandikan diri dengan air kemaafan. Cukupkah sekadar bermain dengan masa silam mampu membahagiakan hati???

Pelangi Cinta berkisar tentang kehidupan manusia. Adam dan Hawa yang masih berbolak balik tentang hati dan perasaan. Tentang sepasang manusia yang masih mahu terperangkap dalam mimpi silam tanpa mahu merealisasikan impian. Saat minda tersedar lantas hati terbuka, ada badai yang melanda...Mampukah mereka mencari kembali ubat cinta luka? Benar, panas tidak semestinya terus hingga ke petang, kadang-kadang hujan di tengah hari. Tapi, bukankah pelangi akan muncul selepas hujan? Bukankah pelangi akan membiaskan warna kebahagiaan?

No comments:

Post a Comment