Monday, December 13, 2010

MedCinta 6

"Makcik. Kau rasa patut ke tak aku yang contact dia dulu? Ke tunggu je sampai dia yang contact aku?" Kad di tangan dibelek berkali-kali. Tadi lepas lunch, dia dah buat appointment lain dengan Hanim. Nak dinner sekali. Lepak after kerja. Semata-mata untuk mintak pendapat member kamceng sehati sejiwa dia.

"Aku bagi kau dua pilihan. Satu: Kau call dia dulu. Manalah tahu dia tak tersave no phone kau. Untung badan kau, dia terus sangkut kat kau. Dua: Kau diam je. Tunggu dia contact kau dulu. Kalau dia cari kau, maknanya dia ingat kau. Kalau tak maknanya, kau langsung takde dlam kepala dia." Hanim tarik sengih segaris.

"Ala Nim, kau ni tak membantu lah. Bukan memang dua ni je ke pilihan yang aku ada? Tunggu atau call." Hujung tudung dipulas-pulas. Perkara biasa yang akan dilakukan everytime dia rasa terganggu.

"Okey, babe. Sekarang ni, kau nak suruh aku cakap macam mana? Kau nak aku halang kau dari call dia ke, kau nak aku tolong dailkan nombor dia dan bagi kau cakap, atau kau nak aku yang call dia and cakap yang kau suka dia?" Hanim dah pening. Konfius dengan Juhana. Yalah, mana tak confuse nya,semangat turun naik.

"Hanim, agak-agak kalau aku yang contact dia dulu, aku nak cakap apa?"

"Erm..kau cakap yang kau mandi tak basah, tidur tak lena, lari tak sampai sebab teringatkan dia."

"Hah? Ada ke? Malu lah aku. Nanti karang orang cakap aku terhegeh-hegeh. Perigi cari timba." Jue meluku kepala Hanim. Apalah kawannya yang seorang ni, bagi idea langsung tak konkrit.Buat malu aku je.

"Juhana. Juhana. Juhana. Aku nak kata kau ni kolot, gaya macam tak. Appearance, wanita bekerjaya."

"Memanglah aku tak kolot. Apa kaitannya?"

Hanim tepuk dahi. Aduh, makcik ni dah 'perpendincular' la pulak. "Babe, tahukah anda bahawasanya istilah perigi cari timba tu dah tak valid zaman sekarang. Kalau perigi tak cari timba, maka, tak berjumpalah perigi dengan timba."

"Ape pulaka tak validnya? Nim, cuba kau baying, kalau makcik2 mana2 entah tahu pasal ada anak dara approach anak teruna dulu, mahu setahun kena kutuk tahu." Juhana masih dalam mode cuba menegakkan kebenaran kata-katanya.

Hanim angguk. "Yuupa, aku setuju. Tapi, itu kalau makcik-makcik kat kampong. Masalahnya, sekarang kita kat Bandar. Babe, aci kerat kuku jari kelingking aku la, kalau perempuan macam kita tak start dulu, lelaki tak start la. Lelaki sekarang pemalunya mengalahkan pokok semalu tau."

"So?" Juhana tarik muka blur. Lagi sekali.

Hanim petik jari. Mata memandang tepat Juhana. "Go, and call him. Or at least text him."

"Okey but, not now." Hanim senyum. Susah betul nak suruh budak sorang ni start first move.


 


 

Khalif duduk termenung di birai katil. Tadi tengah seronok layan komik, tiba-tiba teringat pulak dekat cik journalist yang sampai hari ni masih tak dapat contact. Kebetulan malam ni free. Esok satu hari dia off. Tadi pun balik dah petang. Dari semalam satu hari dekat hospital. Kalau nak ikutkan hati memang dia akan terus call Juhana. Tapi, masalahnya, nombot telefon makcik tu tak tahu kat mana pulak.

"Hello." Khalif sengih panjang sebaik mendengar suara di hujung talian menjawab.

"Abang Long, Alif nak mintak tolong ni."

"Tolong apa? Khidmat nasihat lagi?" Adif meneka.

"Yes. Pasal dia lagi."

"Kenapa? Nak jumpa abang ke apa ni?"

"Hmm..Takpelah. Alif just nak minta idea abang. Pasal benda yang Alif tanya the other day tu." Khalif garu perlahan rambut. Pening memikirkan hal yang satu. Nak biarkan je, hati ni dah macam tak tentu hala.


 

Monday, August 2, 2010

SALAM UNTUK SEMUA

Salam..
Sorry sangat2..dah lama rasanya tak meninggalkan jejak di blog ini..byk kekangan yg berlaku..dgan internet probs dan macam2 lah..prog yg tak stop2 jugak menjadi halangan..papepun, insyaallah, akan ada entry yg akan muncul..walaupun myb merangkak2..sbb:

1- subjek untuk sem ni; NOVEL, PHONETIC, CCT, INTRO TO FIQH, MASS COMM

2- prog tak stop lagi every weeknd since a week b4 start sem..(YAN, KLANG, SETIABUDI, ASIAH ANNIVERSARY)

3- sbab internet prob sebab broadband baru bayar..ngee~ itulah pon still lambat2 ayam lagi..huhuhu

Monday, June 21, 2010

MedCinta 5

Notes: Final exam untuk sem 3 1st year dah abis akhirnya. Next sem, dah officially and 'tipu'cally 2nd year.hahahha..cuti 3 minggu..Jom mem'bunuh' masa..

Khalif duduk menghadap laptop. Segala disket dan CD lama zaman-zaman dulu berterabur atas meja. Hari ni cuti. Nasib baiklah jugak. Satu persatu diselongkarnya isi CD dan disket-disket tu. Takkan satu pun gambar makcik tu takde dalam collection ni? Mana boleh. Tak jumpa apa yang dicari dalam CD, laju je tangan Khalif mengklik segala folder yang ada dalam laptopnya. Segala pendrive miliknya juga di selongkar satu persatu. Tapi mustahillah ada dalam laptop. Yelah, zaman sekolah dulu-dulu, bukannya ada teknologi canggih macam sekarang. Dulu semua benda kena simpan dalam disket. Nak maju sikit pun pakai CD. Tapi sekarang, pendrive pun besar kuku jari kelingking je. Tapi, kapasiti ber gigabytes. Itu pun dah kira paling kuno. Sekarang zaman orang dah pakai hard disk. Dah tak main dah disket kecik nonet yang berkeping-keping tu.

'Haish, takkanlah aku tak pernah ambik gambar makcik Juhana tu? Konpius. Konpius.' Khalif dah fed up. Segala benda yang berterabur dikemas kembali. Mungkin memang tak pernah ambil gambar dia lah tu. Takpun, gambar tu dah hilang. Laptop ditutup. Khalif duduk santai atas katil. Berfikir. Gambar memang takde. Satu-satunya cara aku nak tengok muka dia lagi adalah dengan jumpa dia. Eh, dah angau ke apa aku ni?

"Wake up, Khalif!" Khalif menampar-nampar pipi sendiri. Haish, lama-lama boleh kena personality disorder jugak aku macam ni. Khalif berfikir lagi. Macam mana ya nak contact dengan Juhana tu. Kejap. Hari tu masa kitorang jumpa, dia ada bagi kad kat Juhana. Lepas tu, Juhana bagi kad kat dia ke, bagi contact no. je? Ke tak bagi apa-apa? Huargh!!!

Khalif terus bangun balik dari katil. Phone dan wallet yang tersadai elok kat atas meja dicapai. Contact list di scrolled down. Mencari sebaris nama 'Juhana Shereen'. Tapi tak ada. Wallet dibuka. Kot-kotlah ada name card Juhana terselit kat dalam tu. Malangnya tak ada. Nampak gayanya kalau macam ni kena tunggu makcik tu contact jugak lah ni. Pening-pening. Ke dalam kereta ek? Khalif terus sarung T-shirt tanpa lengan yang tersangkaut kat kaki katil Langkah laju je turun ke bawah.

"Alif nak ke mana tu? Taknak makan dulu ke?" Puan Amni yang tengah menghidangkan lauk bertanya.

"Ambil barang kejap dalam kereta, bu."

Puan Amni hanya mampu menggeleng lagi. "Kenapa Alif tu Along?" Ain yang sedang menolong ditanya. Ain makan tengah hari di rumahnya. Half day katanya.

"Entahlah ibu. Jatuh cinta kut." Ain sengih.

"Kalau jatuh cinta tak apa. Jangan jatuh longkang sudah." Puan Amni senyum panjang. Ain dah rasa macam nak gelak. Tapi ditahan.


 


 


 

"Jue, hari ni kau nak lunch dengan aku tak?" Suara di hujung talian bertanya.

"On. Kat tempat biasa. Lagi 20 minit aku sampai. Ada kerja sikit ni."

"Oraite, babe." Juhana sambung buat kerja yang terbengkalai sekejap tadi. Ada lagi 10 minit nak sampai waktu rehat. Tapi ada 3 lagi article yang nak kena buat proof-reading dulu. Dan nak kena submit by pagi esok. Lepas sepuluh minit. Segala fail dan kertas yang berterabur di susun. Jam ditangan ditilik. Nak kena cepat ni. Janji nak lunch dengan Hanim. Handbag yang elok terletak atas cabinet dicapai. Sekeping kad yang terjulur keluar dari zip poket handbag menarik perhatian. Kad ditarik penuh curiousity.

Dr. Khalif Hamidi Mohd Hakim(MD)

B. Med. (Hons.)


 

Sebaris nama yang tertulis di atas kad itu dibaca. Juhana senyum. Kad di tangan kembali disimpan di dalam handbag. Tak sabar nak jumpa Hanim.


 


 


 

MedCinta 4

"Alif!" Khalif pandang kiri. Badan dinaikkan dari kolam. Terus dia duduk di birai kolam.

"Bila Along sampai?"

"Baru je. Ibu kata Alif kat sini. Along datang lah sini." Towel yang tergantung di kerusi malas di tepi kolam dihulur kepada adiknya.

"Thanks. Along.." Khalif pandang Ain. Muka memang manja habis lah.

"Alif nak apa?" Faham sangat Ain dengan adiknya yang sorang ni. Memang kalau dah ayat panjang macam tu, takde lain, ada lah benda yang dia nak. Dari kecik sampai dah besar panjang ni, perangai manjanya yang satu tu tetap tak boleh ubah.

"Along masakkan dinner boleh? Teringin lah. Rindu giler dah ni nak makan Along sayang Alif ni masak. Hehe.." Pap! Peha Khalif yang hanya bertuala ditepuk kuat.

"Aduh. Pa ni Along? Keganasan betullah Along ni. Haish, padanlah Mesti Abang Long selalu kena dengan along ni." Ain tarik muka geram. Budak sorang ni lah. Suka hati je buat assumption sendiri.

"Alif nak makan apa?"

"Along nak masakkan ke?" Khalif tarik sengih panjang.

"Yalah. Dah tengok muka adik Along macam apa je ni. Karang kempunan, Along jugak yang susah." Ain sengih. Yalah, sapa tak sayang adik. Lagi-lagi adiknya yang sorang ni. Dah besar panjang macam ni pun, masih nak manja-manja lagi.

"Along buat lasagna ek? Boleh?"

"Hah? Lasagne tak masuk lah dengan Asam pedas yang ibu masak. Bagi yang melayu sikit takleh ke?"

"Taknak. Taknak. Alif nak lasagna jugak. Alah, masuk jelah. Anggap je lah appetizer ke, dessert ke? Hehe." Khalif sengih mengharap. Tapi seriau jugaklah bila bayangkan Along masak makanan melayu. Baru nak berjinak-jinak ngan makanan melayu Along dia ni. Yelah, asyik fail je. Macam mana lah agaknya Abang long. Hari-hari duk makan spageti lah, steak lah, lasagna lah. Haish.

" Banyaklah Alif punya dessert. Kalau dessert, orang makan manggis je tau. Hah, appetizer makan pisang. Main dish, makanlah Basketball masak kicap. Hahaha" Khalif terus bangun. Memang nak kena betul Along dia yang sorang ni. Terus dia lari menegjar Along yang dah nak masuk rumah. Betullah. Dah tahu dia dah rindu giler dengan basketball, saja je nak main-main.

"Along!!!!!!!!!!"

"Alif! Apa yang berlari, jerit panggil Along ni? Tengok tu, dengan bertuala lagi tu?" Ibu yang baru keluar dari dapur hanya mampu menggeleng.

"Along tu ibu. Dia kenakan Alif. Mana dah Along hilang, ibu?"

"Ada kot kat depan. Nampak macam ke depan. Dengan Abang long lah tu kot." Ibu hanya mampu menggeleng. Perangai anak bongsunya ini memang tak pernah berubah. Umur dah boleh jadi bapak budak tapi masih macam budak darjah tiga. Khalif berlari-lari naik tingkat atas. Kena pakai baju dulu ni before pergi redah kenakan Along.

"Along! Pandai ek dia. Dah lepas kenakan orang, dia pergi manja-manja dengan cik abang kesayangan pulak ek?" Khalif dah elok bercekak pinggang menghadap Ain dan Adif yang sedang seronok melepak depan TV.

"Ain, apa lagi yang awak kenakan Alif ni?" Adif bertanya Ain selamba. Konon gaya abang ipar mithali lah.

"Hehe..Adalah. Saja je nak usik dia. Bukan selalu." Ain selamba melentokkan kepalanya ke bahu Adif. Saja nak menambahkan geram kat Adik kesayangan.

"Along!" Khalif dah naik geram. Saja je tahu Along ni. Geram betul Boleh dia buat tak tahu. Ingat Abang long nak tolong lah. Sekali Abang long boleh buat donno je.

"Alah, Alif. Cakap jelah Alif jeles. Tulah, ibu suruh cari cik adik awak cepat-cepat, taknak pulak. Pastu main aci jeles-jeles tengok Along manja-manja." Heheh. Ain dah nak start tumbuh tanduk. Adif buat muka selamba. Tiba-tiba rasa seronok plak kalau boleh bersepakat dengan isteri kesayangannya ni nak mengenakan si doctor tak matang kat depan ni. Khalif tayang muka geram. Sama je dua orang kat depan ni. Padahal dulu bukan main lagi, sorang ke utara, sorang ke selatan. Sekarang, haish. Berkepit je kerjanya.

"Eeee..Geram tau dengan Along ni. Ni, duk mesra-mesra ni, bila nak masakkan Alif Lasagne nih?" Khalif duduk setentang dengan Ain dan Adif.

"Nanti lah. After dinner. Takkan dinner tu Alif nak bantai lasagna cicah masak lemak?" Ain sengih.

"Yalah. Abang Long." Adif yang tengah ralit kunyah kacang pandang adik iparnya.

"Alif nak consult something dengan Abang Long ni."

Thursday, June 3, 2010

Sunshine 10

Ain membuka pintu almari. Beberapa pasang baju kurung dikeluarkan. Baby-T, T-shirt, kemeja serta beberapa helai blaus parat punggung dikeluarkan. Semuanya disusun elok di atas katil. Ain berjalan ke luar bilik. Menuju ke bilik bacaan. Alat tulis dan buku-bukunya semuanya di dalam bilik bacaan. Tiba-tiba dia jadi terlebih semangat untuk memulakan semester baru. Yelah, bila dah balik kampus, tak adalah dia perlu melayan kerenah Adif yang kadang-kadang menyampah. Mentang-mentanglah, Walid dan Umi sukakan dia, berlagak pula Adif tu. Dua tiga biji novel yang belum sempat dibacanya dimasukkan ke dalam paper bag yang dibawa.

"Ain." Ain kalih pandang ke belakang. Siapalah ni yang tiba-tiba datang mengacau.

"Awak nak apa ni???" Adif yang baru melabuhkan punggungnya di atas katil di pandang sekilas. Ain kembali menyambung kerjanya sebentar tadi.

"Ain." Adif panggil lagi.

"Ya. Apa? Awak tak nampak ke saya tengah sibuk ni?" Ain menjawab. Malas memandang dan melayan lelaki itu.

"Tolong pack barang-barang saya sekali." Adif buat muka kesian. Konon nak mengambil hati Ain lah.

"Awak kemas lah sendiri. Buat apa suruh saya." Ain malas nak melayan. Takkan lah Adif langsung tak reti nak kemas barang. Dah berapa lama duduk asrama.

"Please…Saya tak reti nak kemas." Adif tayang lagi muka kesian. Suara tak payah cakaplah. Pijak semut pun tak mati. Kalau tahu dek roommate-roomate nya, tambah-tambah lagi si Afiq membenya yang sorang tu, sampai 14 tahun lagi pun tak habis kena bahan.

"Selama ni awak balik campus, sape yang pack barang? Pakai main sumbat masuk beg macam tu je?" Adif menggeleng.

"Mama." Sepatah je dia menjawab. Hehehe..Kalau orang tahu. Haish. Selama ni, memang setiap kali nak balik campus, mamalah orang yang akan mengemaskan barang-barangnya masuk beg. Tadi pun nyaris-nyaris dia nak tersuruh Ummi yang packkan barangnya. Nasib baik teringat dan terfikir pasal segan. Ummi tu bukannya mama. Lepas tu, terus dia call mama. Tapi jawapan mama;

"Mama, Adif nak balik kampus hari ni. Macam mana ni mama? Barang Adif tak pack lagi."

"Dahtu, Kalau belum pack lagi, pergilah packing." Mama dah nak tahan gelak dah dengar suara manja budak 5 tahun Adif di hujung talian.Bukannya dia tak tahu, anak lelakinya yang seorang itu tidak pernah mengemas barang sendiri.

"Mama! Manalah Adif reti. Takkan Adif nak suruh Ummi. Mama datanglah sini." Adif pandang kiri-kanan. Kot-kot lah ada yang terdengar.

"Adif! Kamu ingat rumah Ummi kamu dengan rumah mama ni boleh langkah 10 langkah dah sampai depan tangga ke? Mama kan dah balik KL, Sayang. Eh, kamu dah beristeri, mintaklah Ain yang buatkan." Adif yang mendengar hujah mamanya terdiam. Erk..Ain tu nak ke kalau minta tolong? Baru ajak teman keluar pun, dah macam-macam alasan.

"Yelah mama. Nanti Adif minta tolong Ain."

Dan itulah peristiwa yang membawa Adif mencari Ain ke bilik. Meminta Ain untuk mengemaskan barangnya dibawa pulang ke kampus.

"Awak. Boleh tak?" Tak pernah-pernah Adif buat gaya manja budak kecik baby-baby gitu dengan Ain. Ain pandang Adif separuh tak percaya. Biar betul mamat ni. Tengok muka macam kesian pulak. Nak tolak pun tak sampai hati.

"Ya lah. Nanti awak ambil semua baju n barang yang awak nk bawak. Saya kemaskan." Adif senyum.

"Ni yang saya sayang awak lebih ni." Dalam hati Adif dah rasa nak cium-cium dah isterinya itu. Tapi, kalau betul dia buat mahunya Ain mengamuk tunggang langgang. Sape yang nak kemas barang-barang dia?

"Geli lah saya dengar. Gi main jauh-jauh." Adif diam. Geli ke ayat aku tadi? Dahsyat sangat ke? Takpelah Ain, agaknya dia belum nak serasi lagi. Adif janji, Adif akan pikat hati Ain slow-slow. Adif diam, tapi langkah kaki laju je menuju ke almari. Mengeluarkan pakaian yang dirasakan perlu untuk dibawa. Lagipun, dekat rumah mama kat KL banyak lagi bajunya. Cuma beberapa helai t-shirt dan jeans dikeluarakan. Diletakkan di atas katil.

"Ain, saya letak atas katil. Thanks." Terus Adif keluar dari bilik. Konon merajuk. Ain yang sedar perlakuan Adif hanya buat tak tahu je. Biarlah awak nak merajuk pun, Adif. Ingat saya ni dah tak ada kerja lain nak pujuk awak.

Tuesday, May 11, 2010

MedCinta 3

"Hanim! Hanim! Hanim!" Hanim yang tengah ralit menonton Tom yang sedang berlari-lari dengan Jerry memandang ke pintu. Pelik. Apa kena dengan di Jue nih? Balik tersengih-sengih, terjerit-jerit macam orang dapat loteri.

"Kau kenapa? Nombor naik ek?" Hanim buat muka tak bersalah. Potato Chips di atas meja dicapai.

"Apa kejadahnya aku nak main nombor segala? Takde kaitan ek."

"Dah tu? Balik dengan muka ceria bersamamu Astro Ceria, dengan kasut sebelah kat dalam sebelah kat luar, tudung tak tanggal dah menjerit-jerit panggil aku, apa maknanya itu, shabatku?" Chips ditangan disuakan.

"Taknak. Thanks. Ni, aku nak cakap. Wah!!!Excited! Excited!" Jue tarik tudung.

"Apa yang kau excited sangat ni? Cerita sikit? Gaya macam dahsyat je." Hanim menggeleng-geleng melihat telatah sahabatnya. Yalah, tudung yang elok tadi di pin kemas di bahu, ditarik macam tu je. Dah jadi rupa tudung 'galas' pulak.

"Teka aku jumpa sape tadi?" Sengih Jue dah sampai ke telinga.

"Jumpa sape? Fahrin Ahmad?"

"Bukanlah. Tapi dah dekat-dekat lah." Hanim diam. Berfikir. Malas sebenarnya nak fikir, tapi memandangkan kawan baik dunia akhirat ni dah buat muka menang lucky draw, layan jugaklah. Siapa ye? Dekat-dekat dengan Fahrin Ahmad?

"Hah! Aku tahu. Kau jumpa Linda Onn, takpun, Scha, takpun, kau jumpa Jehan Tak Kaya ek?" Hanim pun dah naik excited dengan jawapan dia sendiri. Yalah, kalau jumpa artis, selebriti lagi, sape tak excited?

"Haish! Kau ni kan Hanim, kalau setakat artis-artis tuh, tak payah lah, aku tak payah nak tunggu terserempak dengan diorang, ikut je budak-budak office aku pergi cover cerita dorang. Bukan artislah." Bengang pulak Jue dengan Hanim. Memang lah Engineer sorang ni.

"Erk? Ya tak ya jugak. Kau ni kan wartawan. Lupa pulak aku.Hehe. Alah, Jue, kau cakap jelah. Senang. Tak payah aku nak fikir-fikir. Buat penat kepala otak aku je." Hanim tayang muka manja habis kat Jue. Tom dengan Jerry yang dari tadi duk asyik main kejar-kejar dibiarkan. Kalau si Tom tu nak bertukar jadi Snow White, dia peduli hape. Heheh..

"Alah, tak syok lah macam tu. Aku baru nak excited-excited ni."Tudung yang tadi tersangkut dileher dah berpindah ke kepala Sofa yang diduduki.

"Alah, lagi excited kalau kau bagitahu je aku terus. Ngee~" Hanim buat muka konon comel.

"Okeylah. Nasib baik aku sayang kau tahu. Plus, aku tersangatlah excited nak cerita kat kau. Hehehehe."

"Cepatlah, babe." Hanim senyum. Juhana sengih kambing.

"Okeyh. Tadi, aku pergi KLCC, then aku jumpa Khalif Hamidi. Wahhhhh! Bahagia. Bahagia." Sengih panjang dah bertukar jadi senyum penuh bahagia Juhana. Hanim berkerut. Khalif Hamidi? Sape pulak tu?

"Babe, sape tu? Macam familiar. Tapi sape? Tak kenal lah aku. Mamat mana-mana entah. Kau excited lebih lak."

"Hanim!!!!!!!!!!Aku punya lah excited cerita kat kau. Khalif Hamidi of Sri Lagenda la, babe! Remember?" Juhana celikkan mata luas-luas. Gaya excited habis lah.

"Owh, MY..Don't tell me 'that' Khalif Hamidi yang kau jumpa tadi." Hanim dah tak terkata. Terkejut. Yalah, mana tak terkejut, excited bila selepas bertahun-tahun, Juhana balik dan beritahu dia terserempak dengan lelaki yang diminati semua. Lagipun, bukan dia tak tahu, dalam katak bawah gelas Juhana ni, sebenarnya, dia pun turut menyukai Khalif Hamidi. Yalah, kalau tak, takkan dia ikut sekali kerja gila hantar gift dan segala macam kad dekat si jejaka masa Valentine's Day. Itu belum kenal yang mana lagi, tak pernah tahu yang mana satu, kalau tahu, agaknya, segala macam gambar dia letak tampal kat dinding bilik. Takpun, dalam celah lipatan baju. Jue, Jue.

"Yes, my dear Hanim. Aku tak tipu langsung-langsung. Sumpah!" Juhana angkat tangan kanan paras bahu. Gaya orang bersumpah. Tapi muka tetap senyum. Yalah kan. Hati berbunga-bunga. Bahagia.

"So, how was it? Macam mana kau jumpa dia? Dia tegur kau ke kau tegur dia? Kenal pulak kau dengn dia? Bukan kau tak tahu ke muka dia macam mana? Kau tak pernah tengok dia kan masa kat Sri Lagenda dulu kan?" Sekali bertubi-tubi soalan Hanim tanya. Sampai Jue pun dah buat muka pelik. Tadi macam kurang excited. Sekali dah tahu, dia pulak yang melebih-lebih.

"Babe, satu-satu lah. Kau nak tahu yang mana dulu ni?"

"Macam mana korang jumpa?" Juhana angguk angguk, konon tanda faham lah.

"Owh. Kitorang terjumpa dalam Kino, masa aku tengah cari buku, and the most important part is, dia tegur aku dulu." Jue tayang muka bahagia habis sambil mata dikerdip-kerdip. Ingat Diva sangat lah tu.

"Really?? Maksudnya?"

"Maksudnya? Takde maksudnya,. Maksudnya, aku jumpa dial ah tadi." Hanim dah tarik nafas panjang. Jue, jue. Kenapalah angin lurus bendul blur tak berwarna kau ni boleh muncul tiba-tiba pulak ni?

"Maksudnya, sayangku intan payung, dia kenal kau. Dia pernah tengok kau masa sekolah and itu jugak bermaksud, ada kemungkinan dia bakal suka kau jugak." Bersama senyuman kata-kata Hanim ditujukan untuk Jue. Masa Jue tengah blur, dia memang kena dilayan macam tu, kalau tidak makin menular-nular blur budak Jue ni. Tak faham lah macam mana masa dia cover story, tak pulak datang angin blur ni. Macam reti-reti je. Haish.

"Owh, gitu ek?"Haduih! Hanim tepuk dahi. Blur lagi.

"yelah, kau kan hot inside outside, mestilah semua orang kenal kau." Hanim sengih. Chips yang berhenti dikunyah tadi disambung makan.

HEY! KAMU!

Hey!
Tunjukkan aku pada cinta
Tunjukkan aku pada rasa

Kamu!
Mahu apa lagi?
Belum cukup yang aku ajari?
Belum tuntas yang aku beri?

Hey!
Ajari aku cinta
Didiklah aku tentang rindu
tentang kasih
tentang sayang

Kamu!
Mahu apa lagi?
Tidak cukup dengan betis,
peha pula yang kamu damba?

Hey!
Ajari aku cinta!

Untuk apa?
Untuk rindu?
Untuk kasih?
Untuk sayang?

Bukan.
Bukan untuk rindu
Bukan untuk kasih
Bukan untuk sayang

Kamu!
Untuk apa?
Untuk Cinta?

Bukan.

Tapi,
untuk pengertian
untuk pengorbanan.

Kamu!
Hey!

Hey!
Aku mahu tahu
Aku mahu rasa
Aku mahu CINTA

Kamu!
Tahu tentang kasih?
Rasa erti rindu?
Cinta pada sayang?

Kamu!
Hey!

Bukan itu yang kita damba.

Ajari aku Cinta!

Kamu!
Kenal dulu pengertian
Rasa dulu pengorbanan

Lantas?

Jumpa kamu akan CINTA
Tahu kamu erti sayang
maksud rindu
makna kasih.

Thursday, April 22, 2010

MedCinta 2

"Seriously, I tak ingat u." Jue terus terang

"Really? Takkan lah handsome guy, famous macam I ni u tak kenal?" Khalif geleng. Sebenarnya, time sekolah, dia tidaklah dikenali sangat, tapi bukanlah kategori terpencil sangat.

"No. I didn't know u. Before. But sekarang, of course lah I know which one is Khalif Hamidi. One of the hottest rugby players in Sri Lagenda." Jue tarik senyum segaris. Gila. Langsung tak disangka-sangka. Setelah bertahun-tahun dia meninggalkan alam persekolahan, tibe-tibe boleh pulak dia bertembung dengan seorang lelaki yang mengaku kenal dia as schoolmates kat tengah-tengah kinokuniya dalam KLCC.

"U kata u never knew me, but, macam mana u tahu I play rugby? U stalked me, hah?" Khalif buat muka gaya mengusik. Yelah, dah gadis cantik manis didepannya ni kata tak berapa kenal dia, tapi sekarang boleh pulak tahu yang dia dulu budak rugby.

"Okey, to tell u the truth, yes, I tak kenal u, if u tak bagitahu I, u are Khalif Hamidi of Sri Lagenda." Jue tengok keliling Signature Food Court. Tadi, bila Khalif ajak minum, cepat je dia atur langkah kaki ke Signatures.

"okeyh. So, meaning, u knal I by name je lah ye?" Jue angguk. Yelah. Dulu, kalau siapa budak Sri Lagenda batch dia yang tak pernah dengar nama Khalif Hamidi, memang budak tu, kalau tak jenis katak bawah tempurung, jenis kura-kura dalam cengkerang. Dan dia yang tahu tentang kewujudan seorang Khalif Hamidi di Sri Lagenda,tapi tak pernah tahu yang mana orangnya, kalau nak ikutkan, kata katak bawah gelas pun, kira okeylah.

"Yup. Dulu, I ni memang tak kenal sangat boys. Even, the most popular one like u. Eh, by the way, u buat apa sekarang?"

"Haha. Punya lah lama kita sembang, baru nak tanya I buat apa? I tengah duduk depan u minum the tarik." Khalif tarik sengih.

"Of courselah yang itu I dah tahu. I mean, u keje apa sekarang? Engineer? Doctor? Lawyer?" Jue cuba meneka.

"Hahahaha. Kenapa ek u teka that 3 jobs je. Yang lain mana?"

"Pwh ho. Based on my experience, bekas Sri Lagenda, kalau tak Engineer, Doctor, kalau tak, Lawyer. That's why I teka these 3 je."

"Okeylah. U punya tekaan tu boleh pakai. Not a Lawyer, Not an Engineer, but a doctor." Hahahahahahaha. Gelak besar Jue tiba-tiba.

"Eh, I baru cakap I doctor, u dah gelak macam tak cukup tanah kenapa? Anything funny with that?" Jue tekan perut. Tahan gelak. Yelah, mana taknya, baru semalam dia duk sibuk bercerita pasal doctor dengan apple, hari ni dah terserempak dengan encik doctor.

"Ah, nothing funny. Just remember something. Haha." Jue tarik nafas. Hilangkan gelak.

"Hah, u gelak-gelak ni kan, u pulak kerja apa? Majistret? Lawyer??" Khalif bertanya gaya Ibu Mertuaku.

"Ahli Muzik. Hahahaha..Takdelah, I Journalist. And part time subtitlist."

"Wow. U science stream kan dulu? Jauh menyimpang."

"Dah rezeki kea rah tu. Lagipun, itu minat i. I ni, tak pandai, tak genius nak jadi doctor like u." Jue senyum segaris.

"Takpelah..Journalist pon hebat apa. Lagipun, if semua orang dalam dunia ni jadi doctor, sapa yang nak jadi mende lain? Jadi journalist macm u, yang nak sebarkan berita and sampaikan maklumat kat semua. Betul tak?" Jue Cuma angguk bersetuju. Jam di pergelangan tangan sesekali dikerling..Aduh, dah janji dengan minah kat rumah tu nak balik awal ni, sekali tersangkut pula dengan en. Khalif ni.

"Eh, you dari tadi asyik tengok jam je. You ada kerja lain ke, Juhana?" Jue sengih je.

"Takdelah kerja. Tapi, I janji dengan my housemate nak balik awal. Turn I masak hari ni." Jue sengih lagi.

"Owh, okeyhlah kalau macam tu. Semoga kita jumpa lagi. By the way, jangan segan contact I" Khalif hulur business card. Jue ambil dengan senyuman. Sambil tangan ligat mencari kadnya dari dalam handbag. Dihulurkan terus kepada Khalif.

"Okey. Nice to meet u. Nanti, ada jodoh, kita jumpa lagi." Khalif hanya mengangguk sambil tersenyum. Memerhatikan langkah kaki Juhana yang semakin menjauh berlalu. Sungguh, gadis itu sungguh lain. Gadis yang sering menarik perhatiannya ketika zaman persekolahan, juga gadis sama yang menarik perhatiaannya ketika reunion sekolah berthaun lalu, sebelum dia menamatkan pengajiaan." Juhana Shereen" Tanpa disedari, dia menyebut nama Juhana.

Monday, March 29, 2010

Sunshine 9

"Ain." Ain berhenti melangkah.

"Ye Walid." Ain terus duduk di atas sofa bersebelahan Walid. Papa yang tengah seronok melayan Astro Awani dipandang sekilas.

"Ain buat apa kat luar? Bukan kata nak keluar dengan Adif ke?"

Adif? Ain diam berfikir. "Keluar? Mana ada. Ain baca novel kat luar tadi."

"Tadi, Adif beritahu Walid, dia nak bawa Ain keluar jalan-jalan. Pergilah. Kamu pun tak sempat nak bulan madu." Walid senyum makna. Papa yg dari tadi hanya mendengar malas nak menyampuk. Cuma turut tersenyum je.

"Malaslah Ain. Hari-hari cuti macam ni nak rehatlah. Lagipun, kalau Adif nak keluar Ain tak marah pun." Selamba je Ain berkata. Sekadar depan Walid. Paling-paling Walid marah pun, diam je. Lainlah kalau umi. Mau bernanah lubang telinga dengar dia membebel. Papa, tak tahulah. Tak pernah kenal before. Tapi gaya macam sama ngan Walid je.

"Ain, apa cakap macam tu. Tak baik. Adif tu suami Ain kan. Kenalah layan dia. That's your responsibilities." Aik, ada pulak nasihat Walid hari ni. Tapi Papa diam je. Malas nak ambik port agaknya.

"Ya, Walid." Mengalah jelah. Ain terus angkat kaki naik atas. Tak Nampak pulak kelibat Adif. Kat atas agaknya. Pintu bilik ditolak sebaik sampai di tingkat atas. Mana lah pula mamat ni? Takdepon. Mata scan seluruh ruang bilik. Tak Nampak pula. Nak kata kat bilik air, tak ada dengar bunyi air. Biarlah. Bukannya budak kecik nak kena cari bila hilang.Ain tarik shawl yang tadi diletak kat atas bahu nak cover pakai spageti je gantung kat penyangkut belakang pintu. Kaki di atur ke luar bilik. Masuk bilik bacaan yang just selang satu bilik dari bilik dia. Niat di hati nak ambil novel baru. Masa nilah nak rest baca novel. Bila dah balik campus takut tak terkejar. Tapi sbaik sampai depan pintu, ain berhenti. Ain pelik. Kenapa cerah pulak bilik ni. Memang la sekarang siang hari, tapi sbab bilik bacaan ni bilik yang kat tengah and tak bertingkap, so, memang patotlah kalau bilik ni gelap. Tapi ni cerah. Pelik. Slow-slow, Ain tolak pintu yang sedikit terbuka. Pandang kiri-kanan and seluruh bilik yang tak lah luas sangat tuh. Tak Nampak apa-apa pun. Hmm..ada yang terlupa tutup lampu kot. Ain terus melangkah ke rak koleksi novelnya. Yang baru dipindahkan ke sini masa proses transform bilik dia jadi bilik pengantin hari tu. Satu persatu novel ditilik.

'Hah, yang ni belum baca lagi ni.' Ain terus tarik 'Pelangi'. Bila da selesai semua, cepat je rasa nak baring atas katil sambil menghayati novel. Hee~ Ain ingat nak keluar terus, tapi tiba-tiba matanya menangkap sesuatu di hadapan computer. Tadi masa masuk tak perasaan pulak kewujudan 'benda' tu dekat situ. Mula-mula ada jugak lah rasa malas nak peduli. Tapi tiba-tiba macam kesian lah pulak dekat 'benda' tu. Ain melangkah perlahan-lahan kea rah computer.

"Adif." Tubuh Adif digerakkan perlahan-lahan. Haish. Mamat ni. Tidur mati kea pa. Ain gerakkan lagi tubuh Adif yang lena berbantalkan lengan kat depan PC yang terbuka.

"Adif." Ain panggil lagi. Tak jalan jugak. YM on. Hah, dapat idea. Ain tekan butang buzz. MUAAHHH!!! Sekali bunyi kiss. Yelah..dah Ain dah tukar IMvironment dia. Memang keluar lah. Tapi, Adif takde reaction. 'Ish, tak boleh jadi ni.nak menjerit karang, takut sume orang dalam rumah ni terkejut pulak. Ain cuba lagi. Dia click lagi buzz banyak kali.

"Huh?" Sekali Berjaya. Finally. Adif bangun terpinga-pinga.

"Bangun pun awak kan." Adif pandang Ain. Muka memang keras habis lah. Bengang kea pa nih?

"Hah? Kenapa?" Adif tanya datar. Mulut yang menguap ditutup dengan tapak tangan. Adif menggeliat kecil.

"Awaklah. Tidur selamba je depan PC. Nak tidur masuk bilik lah." Ain buat muka geram.

"Hmm.. Biarlah. Suka hati saya lah nak tidur sini."

"Masalahnya sini bilik bacaan. B.A.C.A.A.N. Bilik untuk membaca bukannya bilik untuk tidur." Ain geram. Menjawab pula mamat ni.

"Alah, bilik bacaan. Membaca sambil tidur. Okey apa."

"Aish. Adif, awak tahu tak awak tidur depan PC. Dah berapa liter dah agaknya air liur basi awak meleleh keluar kat depan tu. Geli." Ain buat muke geli. Terus bawa Pelangi keluar dari bilik. Malas nak melayan. Adif Cuma senyum je. Sebenarnya tadi konon membawa diri lah merajuk. Pastu tertidur pula. Bila bangun ingatkan dapatlah dipujuk isteri tersayang. Sekali, hambik kau. Kena marah pula. Nasib badanlah Adif.


 


 

Pesanan penaja: njoy the entry..tgah final exam..so, please pray for my success..lalalala~

Juga alfatihah~ buat Allahyarham Ikhwanul Ashraf.(my beloved cousin)

Saturday, March 20, 2010

MedCinta 1

"Weyh, aku nak cari boyfriend doctor lah."

"Hahaha..Doktor?? Takde Life lah." Hanim tarik senyum sinis.

"What do you mean by 'takde life lah'?? Hanim sengih. Pandang tepat muka Jue. Chopstik di tangan di letak tepi hot plate.

"Doctors only know about darah, tulang, daging." Jue tahan gelak. Nak tergelak dengar ayat sebaris hanim.

"Aku add. Virus, Bakteria, Kuman, penyakit." Jue tahan sengih. Hanim nih memang macam macam.

"Type yang bukan layan movies pun, doctors."

"No worries kalau dia bagi aku out for movies."

"Thick books and all the cells are among his favorites." Hanim tak putus asa.

"No harm because I got all my Sophie Kinsella and Cecelia Ahern. Not to forget, my Princess Diaries."

"No time for shopping and in house type."

"Don't mind kalau dia bgi duit for LV and allow me to out for bag packing." Hanim hela nafas.

"This one, kau memang akan kalah lah, babe!" Jue sengih segaris.

"Try me."

"Hate hospitals food and love to eat at home. Air tangan isteri." Jue terdiam.

"Oh, MY.." Hanim sengih menang tengok muka cuak unbelievable member kat depan.

"Oh, No! But still I do have my best ever Ikan Singgang recipe." Muka cuak Jue sekejap je dah bertukar. Hanim senyum tahan gelak tengok gelagat Jue. Apalah membe aku sorang ni. Tak habis-habis dengan Ikan Singgang.

"You're safe.."

"See the leg lah dear." Sedikit riak.

"only if he would love your ikan singgang." Lalalala..Sorry la, babe. Kalau bab nak lawan cakap, guna fakta and auta, memang Juhana Shereen takkan boleh lawan Hanim Fadhilah lah.

"Ah, whatever. Tapi, doctors tetap masuk list teratas ciri lelaki pilihan aku."

"Hish, aku tak faham lah dengan kau ni Ju. Apa yang special sangat dengan doctors takde life tu pun aku tak tahu lah." Pintu peti ais ditarik. Sebiji epal hijau dicapai dan Hanim mebawanya ke sinki.

"Eh, epal. Ambilkan aku sebiji." Buah epal yang baru dibasuh oleh Hanim menarik hati Ju.

"Nanananana…Kau nak doctor kan? So, no apples."

"Aik? Ape kaitannya apples and doc? Tak berkait la." Ju kerut kening. Mengarut betullah Hanim ni.

"An apple a day keeps the doctor away. So, kalau kau makan epal, automatic, semua docs in the world lari dari kau. Lalalala." Hanim sengih.

""Gilo lah kau ni, Hanim." Hanim dah berlalu keluar dari dapur. Ju buka pintu peti dan capai sebiji epal hijau. Tak sempat dibasuh terus, dia mengigit epal yang belum dikupas kulitnya. Takpe. An apple a week keep the doctor closer. Hahahahaha.


 


 

Jue tengok seluruh rak dihadapannya. Mana satu yang nak ambil ni? Banyak sangat dan aku tak tahu yang mana yang minah tu dah baca, dah ada or belum ada and baca. Tu lah kau Jue, dalam banyak banyak benda dalam dunia ni nak buat hadiah, yang kau pergi pilih novel nak bagi hadiah birthday dekat si Hanim ni kenapa? Konon nak tukar selera. Dah tahu yang kau tu bukannya stock suka genre sama macam Hanim, memang patut dah agak lah ini kesudahan pencarian hadiah kau tu.

"Excuse me." Jue yang tengah elok buat gaya jalan itik angkat kepala. Alamak. Ada orang lah.

"Heh, Sorry." Teragak-agak Jue minta maaf. Malu sebenarnya. Dahl ah buat gaya tak senonoh ala mak itik tadi, nasib baiklah tudung ni digayakan secara normal, bukan turut sama ikut gaya mak itik. Kalau tak sah-sah boleh berubah suara, bertukar rupa jadi binatang berkaki dua, berkepak tak boleh terbang tapi berenang tu. Lelaki yang menegurnya tadi hanya dipandang. Kenapa muka mamat ni macam familiar ek? Artis ke ek? Ah, abaikan.

"Saudari." Jue toleh kiri. Ada orang panggil aku ke?

"Saya ke?"

"Yelah. Saudari lah. Saudari je yang ada kat sudut ni dengan saya."

"Kenapa? Saya ada buat encik cedera parah ke? Kalau ada saya bawa pergi hospital." Ish,, Jue, apa lah yang duk melalut ni. Sampai ke bab pergi hospital pulak ni.

"I'm still in good condition. Don't worry."

"So?"

"You ni Juhana ke? Sekolah Sri Lagenda?"

"Ya.You siapa ek?" Jue dah tayang muka puzzling habis. Mana taknya, tengah-tengah Kinokuniya yang bapak luas dalam KLCC yang gila tinggi+besar ni, tiba-tiba ada mamat mana entah, datang out of nowhere, tegur dia and tanya dia sekolah Sri Lagenda ke tak. Dahlah siap tahu nama dia lagi.

"You tak ingat I ke? I'm Khalif. Ex-Sri Lagenda jugak." Jue Cuma senyum. Angguk. Serius dia tak ingat and tak kenal. Paling-paling je pun, dia Cuma tahu nama tersebut wujud di sekolahnya dahulu. Lagipun, Jue bukanlah seorang yang rapat dengan budak-budak lelaki sekolahnya.

"Hmm. I pernah dengar lah nama you. Tapi tak tahu yang mana satu."

"Juhana, if you don't mind, jom, I belanja u minum?" Khalif memulakan perkenalan mereka dengan minum. Gadis dihadapannya ni, memang Berjaya menambat hatinya. Pada pandangan pertama.


 


 

p/s: ini adalah cerita baru yg dpt idea tbe2..tp insyaallah akan truskan dgn Sunshine smpai abis..ooppss..entry lmbat mcm siput kan?? Sorry,,coz tgah busy nk final exam nih..so, shud focus more on study..dahlah 1st day exam ada paper, last day exam pon ada paper..kul 3 lak tuh..okeylah..papepon, enjoylah ngn Medicine Cinta ni..

Thursday, March 18, 2010

Sundhine 8

"Morning Umi!" Ain terus buka tudung saji. Nasi Dagang. Wargh..bestnya. Dah lama tak makan nasi dagang. Kat dalam UIA tu bukan boleh dapat nasi dagang pun.

"Adif dah bangun?" Ain kerut kening. Apsal Umi tiba-tiba tanya pasal mamat sengal tu? Dia kat rumah dial ah. Buat apa aku nak peduli.

"Entah. Ain tak pernah call dia pagi-pagi tanya dah bangun ke belum." Selamba je Ain jawab. Pinggan yang tersusun elok atas cabinet dicapai. Nasi dagang yang ditutup dengan daun pisang atas meja disenduk masuk pinggan.

"La..Buat apa nak pergi call dia? Adif tu kan ke suami Ain?" Suami? Lima huruf satu perkataan yang masuk dalam otak terus register, keluarkan satu jawapan. OMG! Ain terus tarik sengih. Umi dah jeling tajam. Bagi isyarat, sila naik atas kejutkan Adif.

Ain masuk bilik. Sofa tepi meja study dipandang. Aik! Takde pun mamat sengal ni? Bukan semalam dia tidur sini ke? Biarlah dia. Comforter yang elok terlipat atas sofa ditarik letak atas katil. Karang kalau ada sapa-sapa masuk kantoi lah pulak. Malas nak mencari Adif yang diyakini tidak wujud dalam bilik tersebut. Ain jalan ke pintu. Tak sempat nak tarik pintu bilik, pintu dah ditolak dari luar.

"Awak!" Ain geram. Buat terkejut betullah mamat sengal nih.

"Kenapa? Sorry." Ain pandang lelaki dihadapannya atas bawah. Trek suit, t-shirt and cap. Macam baru lepas bersukan.

"Awak gi mana?Umi ajak makan."

"Owh. Saya keluar jogging. Takpe kejap lagi saya turun. Awak turun dulu."Adif berlalu ke tepi. Bagi ruang untuk Ain keluar.

'Okey. Jangan lama-lama. Nanti Umi marah saya." Ain terus turun.Adif Cuma mengangguk. Pagi tadi, masa dia bangun subuh, memang niat dah nak mengejut Ain yang lena tidur dengan memeluk Mickey Mouse, tapi bila dia terpandang calendar yang berpangkah-pangkah warna merah, terus tak jadi nak kejut. Karang ada yang tiba-tiba mengamuk kata tidur diganggu pula karang.


 

"Walid, Hari Ahad ni, Adif dah nak kena balik kampus. Kalau Adif nak bawa Ain keluar hari ni, boleh?"

"Adif, kamu kan dah jadi suami Ain. Kalau kamu nak bawa dia pergi jejak kaki kat ISS pun Walid benarkan. Tak perlu kamu nak minta izin Walid." Adif tarik senyum mendengar jawapan Walid. Ish, Walid ni memang memahami lah. Sekarang tinggal nak ajak si Ain isteri tersayang tu je keluar. Adif terus tutup NST di tangan.

"Hah, kamu nak ke mana pula ni, Adif?" Papa yang duduk tengah seronok bersembang dengan Walid dihadiahkan senyuman.

"Cari Ain. Nak ajak keluar." Adif terus mengatur langkah ke luar rumah. Rasanya, sebentar tadi dia seakan melihat kelibat isterinya berjalan keluar. Mungkin sedang mengambil angin di gazebo.

"Ain." Ain berpusing. Ish, apalah yang mamat ni nak. Tak boleh tengok orang senang betullah. Novel ditangan diletakkan di atas meja.

"Nak apa?" Memang gaya tak ada mood langsung Ain menjawab. Adif yang baru duduk atas bangku berhadapan Ain sekadar dipadang nak tak nak.

"Jom. Kita keluar jalan-jalan. This Sunday dah nak balik campus."

"Kenapa ajak saya? Ajaklah orang lain kalau awak nak keluar sangat." Ain tarik muka menyampah. Novel dibuka. Malas nak melayan. Biarlah. Adif hanya mampu mengukir senyum tawar mendengar kata-kata Ain.

"Kalau saya nak keluar dengan orang lain, saya tak akan ajak awak. Takpelah." Adif terus bangun. Ain langsung tak menghiraukan Adif. Hanya dibiar Adif berlalu tanpa ada apa-apa perasaan. Langsung tidak mengendahkan perasaan suaminya, apatah lagi mahu menjaga hati lelkai itu. Lagipun, pada Ain, bukankah dia telah pun memberitahu Adif tentang hati dan perasaannya. Dan lagi, dia langsung tidak bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai isteri lebih-lebih lagi isteri kepada lelaki yang langsung tidak dikenalinya.

"Hah, Adif. Kata tadi nak bawa Ain keluar." Walid tiba-tiba bertanya. Adif hanya mengukir senyuman.

"Tak jadi lah Walid. Adif terlupa Adif ada kerja sikit nak settle. Adif naik dulu lah." Adif terus berlalu ke atas. Cuba untuk tersenyum biarpun hatinya mengdongkol geram. Geram dengan sikap Ain yang mengambil lewa dirinya sebagai suami.


 

Sorry entry pendek je..sbb byk sgt keje nk kena setel..ta smpat..ni pun tgah curi2 masa nk study untuk exam..


 


 


 


 


 

Thursday, March 11, 2010

NOT FOR SALE~

FUHUHUHUHU...life sgat hectic thid few weeks..mana nak kejar dgan final project lagi, dengan kuiz, dengan presentation dengan research paper lagi..naseb baik ada siket yg da setel..sume plak bagi dateline on almost da same day..penatnya..kadang2 rasa mcm geram jugaklah..smpai ta cukup kaki tangan.. dapt take a nap for about an hour tuh, dah rase cm heaven giler..uish..bile lah nk setel nh..dengan plan nk gi pesta buku lagi..cmmana nih..huhuhuhu..naseb baiklah the most big project for this sem, akan tamat malam nih..NOT FOR SALE bakal dipentaskan..walaupun masa full dress semalam masih ada certain parts yg patot diperbetulkan, tapi insyaAllah, everything's gonna be okay..Silent Farewell pun dah diprint outkan..just tunggu kaka mei collect je tonite..

Not for Sale???ramai ke yg nak tahu..actuallly, the naskhah was written by Bob, for our final project..and it is an adaptation from the Harvest by Manjula Padmanabhan..it is a post colonial drama which originally set up in india, 2010. However, in our final project, in NOT FOR SALE, we set up the story in the malay background. Where we try to show others that actually money is everything and even, we allow ourselves to be sold, even every single part of our body just to get money for a better life..Want to know more..just wait for it!!!

~Feel the dilemma in Zahara, Feel the Pain in Khaulani, Feel the hatred of Ummi and also feel the regret of Mahmood~

NOT FOR SALE!!!

Thursday, March 4, 2010

Cerpen~NUR~

~ini percubaan pertama. Menulis sesuatu yang lain dari kebiasaan. Ilhamnya? Entahlah, kisah hidup sendiri mungkin. Apa-apapun, njoy the story. Special thanx, to Hlovate's Rooftop Rant, juga buat Pakcik, atas segala link, nasihat dan kisah-kisah, yang mencetuskan idea untuk menulis cerpen ini.~


 

"Assalamualaikum."

"Waalaikumusalam." Sofi berpaling. Tudung yang sedikit teralih akibat angin dibetulkan.

"Dah lama Sofi tunggu? Maaf. Ada kerja sekejap tadi." Lelaki yang menegur Sofi sebentar tadi beralih ke sebelah Sofi. Melabuhkan duduk di atas batu bersebelahan. Sofi hanya menggeleng dan senyum.

"Nope. Tak lama pun. Lagipun, Sofi baru je sampai. Dah agak, memang janji melayu." Lelaki yang dikenali dengan nama Fahim itu mengangguk. Tersenyum. Sedar kesilapan diri. Tapi, apa yang mampu dia lakukan, bukan kehendaknya, tapi ada aral yang melintang. Nasib baiklah, Sofi bukan seorang yang cepat melenting. Sofi Khairunisa, lembut orangnya, selembut susuk wajahnya. Sofi, gadis manja yang keletah, yang lincah dan sentiasa banyak kerenahnya dulu, namun hari ini, Sofi yang ada dihadapannya bukan lagi Sofi yang sama. Keletahnya, kadang-kadang sukar dijangka, tapi banyak perubahan. Fahim masih lagi merenung Sofi. Wanita yang dikahwininya 2 bulan yang lalu. Setelah mereka benar-benar bersedia.

"Fahim, kenapa Fahim pandang Sofi macam tu? Ada yang tak kena ke? Rambut Sofi terkeluar?" Serentak jemari halus Sofi membetulkan tudung. Risau kalau ada helaian rambutnya terkeluar daripada tudung.

"Tak ada apa-apa. Cuma, saja. Sejuk hati Fahim tengok Sofi macam ni. Bukan macam dulu." Sofi Cuma tersenyum. Masih mengukir senyuman paling manis untuk Fahim, suaminya. Fahim, bukan sekadar seorang lelaki yang telah menjadi suaminya hari ini, tapi, Fahim juga seorang teman, seorang abang dan sahabat ynag begitu memahami. Seorang insane yang merubah Sofi dulu kepada sekarang. Fahim, lelaki pertama yang betul-betul terlekat di hatinya, dan seolah tiada apa yang dapat membuang Fahim dari sudut paling dalam. Apa istimewanya Fahim? Fahim seorang lelaki yang sangat baik, lelaki yang menjaga batas pergaulannya, lelaki yang lembut tutur katanya, lelaki sopan yang istimewanya dia di hati gadis secantik Sofi. Setiap kali ditanya, apa lebihnya Fahim, jawapan Sofi:

"He completes me."Satu ayat tiga perkataan itu jawapannya. Ringkas, tapi penuh maksud. Simple, tapi isinya, membawa seribu erti.

Suatu waktu dulu, pernah Fahim bertanya pada Sofi, saat itu, mereka masih berkawan. Teman tapi mesra kata orang.

"Sofi, kenapa Sofi tiba-tiba lain? Sofi berubah kerana Fahimkah?" Sofi mengangguk. Betul, dia berubah kerana Fahim. Kerana hati yang sudah tertarik dengan Fahim. Lalu, cuba diubah diri sendiri agar sesuai dengan lelaki itu. Agar langsung tiada kekoknya bila bersama. Agar sekufu dengan lelaki sebaik Fahim.

"Sofi, Fahim bukan mahu mencari kesalahn Sofi. Tapi, terus terang, Fahim kurang suka dengan cara Sofi. Fahim gembira tengok Sofi berubah. Bersyukur dengan perubahan dan hijrah yang Sofi lakukan. Tapi, Sofi, dalam kita melakukan sesuatu, bukan kerana orang lain." Panjang nasihat Fahim. Benar, hatinay memang terpikat dengan Sofi. Kerana manisnya senyumannya. Kerana jujurnya senyumannya jugalah, membuatkan Fahim mendekati Sofi.

"Fahim tak suka Sofi macam ni? Bukan ke Fahim yang suruh Sofi begini. Berpakaian muslimah." Hilang senyuman yang baru mahu mekar dari dua ulas bibir Sofi. Fahim mengeleng.

"Sofi, bukankah Fahim dah kata, Fahim gembira. Cuma Sofi harus ingat, Kita kena sentiasa ikhlas." Fahim memandang tepat ke wajah Sofi. Ya, dia bukanlah lelaki yang terlalu baik, yang pandai segalanya, yang perfect, yang terlalu tinggi martabat agamanya.

"Sofi ikhlas, Fahim. Ya, Sofi berubah kerana Fahim. Kerana segala nasihat Fahim. Kerana segala bantuan Fahim. Kerana mahu setaraf dengan Fahim, tapi tetap, jauh disudut hati Sofi, semuanya kerana Dia."Tenang Sofi menjawab.

"Alhamdulillah. Senang hati Fahim mendengar." Lega hati Fahim. Fahim pada Sofi, sangat istimewa. Dia lelaki baik, Tapi dia bukanlah lelaki nerd yang streotaip lelaki baik. Penampilannya, masih seperti lelaki lain. Andai ditanya, jawapnnya Cuma satu.

"Fahim kan Rockstar. Kenalah bergaya rockstar."

"Yelah. Ustaz Rockstar." Dan Fahim pasti tergelak setiap kali mendengar jawapn Sofi. Gaya Fahim cukup sempoi. Jeans dan t-shirt. Cuma kadang-kadang kemeja menjadi pilihan. Dan Sofi waktu itu, mula berjinak-jinak dengan kemeja. Ya, kerana atas nasihat Fahim lah, kemeja dan blaus labuh paras peha mula menjadi pilihannya. Memenuhi almarinya menggantikan baby-t dan sleeveless.

"Fahim suka tengok Sofi pakai kemeja ni. Nice." Tak perlu nasihat ceramah berjela-jela, berjam-jam. Tidak perlu tazkirah dengan segala macam dalil untuk meyakinkan Sofi. Cukup dengan sepatah perkataan 'nice' sudah mampu mencairkan Sofi. Apa lagi, terus ditambah koleksi kemejanya. Orang kata itulah kuasa cinta. Namun, berubahnya Sofi bukan kerana sekadar atas sebab Fahim semata-mata, bukan sekadar kerana cintanya pada Fahim yang mula mekar, tapi kerana kehadiran Fahim membuka mata hatinya. Cara Fahim menasihatinya, bukan cara yang menyakitkan hati. Fahim bukan berceramah yang mampu membuatkannya bosan, tapi methodnya lain. Kaedah Fahim, dekati Sofi, guna sesuatu yang diminatinya.

"Hai, Sofi."

"Eh, Hai, Fahim. Buat apa kat sini?"

"Hmm..samalah macam Sofi. Fahim cari buku."

"Owh. Bosanlah semua buku ni, Fahim. Banyak yang Sofi dah baca." Sofi tarik senyum. Kebanyakan novel yang berda dihadapannya, sudah pun dimiliki dan dibaca. Fahim turut sma tersenyum. Sambil itu, matanya scan setiap deretan novel melayu yang tersusun di atas rak. Satu novel menyapa pandangan. Terus dicapai satu novel berwarna biru.

"Sofi cari novel kan?" Sofi angguk.

"Cuba try baca novel ni. Mesti Sofi suka." Novel biru ditangan bertukar tangan.

"Hlovate? Rooftop Rant? Hmm.." dan Sofi yang memang tertarik dengan synopsis cerita tersebut terus ke kaunter untuk membayar. Pada Sofi, apa sahaja yang Fahim cadangkan, it must be good for her. Dan malam itu juga, Sofi sanggup berjaga malam untuk menghabiskan novel yang baru dibeli. Itu novel cinta, namun bukan kisah cinta biasa. Juga bukan luar biasa ala ayat-ayat cinta. Tapi kisahnya istimewa. Perubahan Jade, Penghijrahan Trisy. Jugak intipatinya, ilmunya, inputnya disampaikan secara tersirat, namun cukup untuk membuat orang yang membacanya merenung. "Live well or live hell, you choose."

Sofi special, cukup special pada Fahim. Keletahnya, kerenahnya, tutur katanya. Dalam kasar, ada lembutnya, Dalam ganas, ada sopannya. Walaupun kadang-kadang mudah tersentuh, sensitive, cepat melatah, namun, dia tetap Sofi. Sofi yang sejak pertama kali mengenalinya, menyentuh cepat ke hati Fahim. Dan jawapan Sofi setelah soalan keramat itu ditanya lewat panggilan telefon merentas benua, benar-benar melegakan hatinya. Walau sudah dibuat istikharah berkali-kali, namun rasa takut direject datang jua menjentik tangkai hati.

"Sofi, kalau Fahim nak Tanya sesuatu boleh?"

"Boleh. Tanyalah." Ceria sahaja suara Sofi si hujung talian.

"Kalau Fahim nak dekatkan hati Sofi dengan hati Fahim, Sofi setuju?" Gugup jugak Fahim bertanya. Sudahlah ayatnya cukup tersirat. Macam pakai bahasa puisi. Entahlah, saat itu jugaklah Shakespeare masuk dalam badan.

"Maksud Fahim? Bukankah memang Sofi dekat dengan Fahim? Kita kan rapat."

"Maksud Fahim, kalau Fahim nak jadikan Sofi sesuatu yang halal untuk Fahim, Sofi terima tak?" Fahim memilih untuk meminjam ayat lamaran Awal dalam filem Syurga Cinta. Lama Sofi diam. Tidak kedengaran suaranya, hanya yang tinggal, deru nafasnya, menandakan dia masih dihujung talian.

"Fahim faham. Fahim tak la.."

"Fahim." Cepat Sofi memotong. Hati Fahim yang hampir sudah tunggang terbalik cuba ditenangkan.

"Fahim, Sofi belum cakap apa-apa." Fahim diam. Memberi peluang untuk Sofi bercakap.

"Fahim, dulu, Sofi pernah beritahu kawan baik Sofi. Kalau Fahim melamar Sofi, Sofi tak akan berfikir panjang. Akan terus bersetuju." Fahim terdiam. Lega. Hatinya yang tadi berdetak laju tiba-tiba semakin stabil.

"Alhamdulillah. Allah mudahkan urusan Fahim. Tapi kenapa begitu Sofi?" Fahim bertanya ingin tahu.

"Sebab Sofi tahu, Fahim adalah lelaki paling baik yang pernah Sofi jumpa. Fahim ajar Sofi banyak perkara and one thing to remember, you complete me, Fahim. Sofi selesa dengan Fahim." Dan lamaran Fahim diikuti rombongan meminang dari keluarganya. Juga Akad Nikah yang menyusul sebulan kemudian. Ketika Fahim pulang cuti musim panas.

"Fahim, cuti semester nanti, Sofi ke sana ye?" lembut Sofi bertanya Fahim di sebelah.

"Boleh, Sayang. Nanti Fahim maklumkan teman-teman disana." Sofi mengangguk. Sesekali bila cuti semester, Sofi akan ke bumi Mesir, untuk berjumpa Fahim. Namun, disebabkan Fahim tinggal bersama teman-teman lelakinya yang masih bujang, Sofi lebih selesa menumpang bermalam di rumah teman-teman sekolahnya, yang sama-sama menuntut di bumi Firaun itu. Dan sesekali, Fahim pula yang akan pulang ke tanah air, kala cuti panjang Summer dan Winter break menjelma. Fahim dan Sofi. Itulah kisah mereka. Cerita ringkas yang cintanya datang dari hati. Kisah mereka bermula dengan persahabatan yang batasnya dijaga. Namun, detik cinta dihati mereka, kala disedar terus di panjangkan dengan perkahwinan. Kata Sofi, Fahim ibarat pokok yang rendang yang sentiasa melindunginya dari panas terik mentari. Pada Fahim pula, Sofi ibarat sebutir permata, yang kilaunya menyinari hidup Fahim. Nur, cahaya yang dibawa Fahim merubah Sofi kearah yang lebih baik, dan kehadiran Sofi juga memberi cahaya dalam hidup Fahim.


 

p/s: kehidupan sgt sibuk..byak perkara yg perlu diberi perhatian..Final Project, presentation n term paper. Also quizzes n test..Sorry kalo next entry untuk Sunshine lambat. Cerpen Nur ini ditulis waktu tengah sibuk dgn script writing. Idea tbe2 dtg. So, njoy!


 

Tuesday, March 2, 2010

Sunshine 7

Ain pandang keliling bilik. Tinggal 2 hari sahaja lagi dia akan bertukar status. Bukan lagi single tapi not available. Ruang bilik yang dah selamat bertukar rupa pun turut jadi santapan mata. Tak lansung disangka, dalam usia seawall 21 tahun, belajar pun belum habis, dia bakal menjadi isteri orang. Apatah lagi isteri kepada lelaki yang tidak pernah dikenali sebelum ini. Lantai bilik, dah penuh tersusun hantaran untuk dibalas kepada pihak lelaki. Kat hujung penjuru bilik, ada satu bakul besar yang berisi segala souvenir untuk tetamu. Katil Queen size yang dulu bersalut cadar cotton corak powerpuff girl warna pink dah tukar dengan cadar satin siap comforter motif bunga abstrak. Memang dah macam cadar bilik pengantin. Dengan segala macam tirai yang menghiasi bilik. Rak buku yang dulu elok duduk bersebelahan meja tulis dah dipindahkan ke bilik bacaan, sekali dengan meja tulisnya. Tempatnya digantikan pulak dengan meja solek dan almari baru. Memang totally change dah takde rupa bilik anak dara umur 21 tahun dah. Atas lantai elok je duduk tersadai segala dulang barang hantaran. Untuk pihak lelaki.

"Woit, Ain!" Ain terus menutup novel yang terbuka di tangan.

"Yup. Kenapa?" Tubuh yang tadi meniarap dengan novel di tangan dikalih menghadap Mila yang dah pun selamat mendarat atas katil. Dalam geram sebab kena kahwin sebelum waktunya, tambah dengan orang yang langsung tidak pernah terfikir oleh benaknya, sempat lagi dia menghadap novel. Kalau dah memang hantu novel, memang lah hantu jugak. Langsung tak boleh berenggang.

"Aku bukan main banyak buat kerja kat luar tu, ko boleh enak bersenang lenang dalam bilik baca novel?" Mila tarik muka geram.

"Hehe..saje je. Ala, biarlah aku lepak. Pengantin tak boleh buat kerja banyak-banyak." Ain tarik sengih.

"Gila lah ko ni Ain. Tak pernah aku tengok orang buat hantaran kahwin gini." Mila scan segala jenis hantaran tepi katil. Handbag, purse, tudung. Normal. Yang abnormalnya, crocs, tak pernah orang letak crocs atas dulang. Tambah lagi dengan cardigan, tee and sehelai kemeja. Tak lupa jugak skinny jeans yang elok siap beriben segala. Tak pernah dibuang manusia normal jeans as hantaran kahwin. Jeans elok je menggantikan tempat kain baju kurung yang streotaip hantaran. Itu dulang yang bakal diambil petang ni untuk hantaran dari pihak lelaki. Yang untuk pengantin lelaki pun sama lebih kurang je. Jeans, kasut vans ganti tempat kain pelekat dengan kasut kulit. Belum lagi kira dua tiga helai tshirt yang berlipat cantik. Macam-macamlah member dia yang sorang ni.

"Suka hati aku lah. Lagipun, kalau beli heels lah, kasut kulit lah, nak buat apa? Bukan pakai pun. Kain batik, kain pelekat, lagi ridiculous." Ain sengih. Mila yang elok buat katil pengantin macam katil sendiri dijeling. Teringat lagi saat dia memberitahu Mila brita perkahwinannya, tiga hari lepas. Memang suara Mila terkejut habis lah. Mana taknya, kawan sendiri yang memang langsung tak pernah sebut pasal kahwin, lelaki, rumahtangga, tiba-tiba telefon cakap nak kahwin. Bukan dalam masa setahun dua, sebulan dua, tapi sehari dua. Hampir tersembur jugaklah aiskrim yang dia tengah makan masa tu.

"Mila, ko free tak weekend ni?" Tanpa salam, terus Ain bertanya.

"Cik Ain sayang, salam sejahtera ke atasmu juga."

"Oops..hehehe..sorry. Assalamualaikum." Ain di hujung talian dah tersengih. Ada je budak Mila ni nak kenakan dia. Biarlah hati dah macam nak tunggang terbalik ni, boleh pulak tersengih layan Mila.

"Free je. Awat? Ko nak datang rumah aku ke? Dah bosan sangat duk kampong?"

"Datang rumah aku. Ko nak claim tiket dengan mak ayah aku pun boleh." Mila terus tak jadi nak sudu ais krim masuk mulut.Okeyh. Ni dah bunyi macam kes serius ni. Kalau dah sanggup nak habiskan duit untuk tiket aku. And the most important, claim dengan mak ayah.

"Babe, ko ada probs ke? Spill out, please. Lambat nak tunggu aku sampai sana pagi esok." Mila dapat dengar jelas bunyi Ain mengeluh dari hujung sebelah sana. Betul, kalaupun dia gerak pergi grab tiket bas ke Terengganu sekarang pun, bas ada malam. Paling cepat pun, subuh pagi esok baru boleh sampai. Nak tunggu pagi esok, macam-macam budak Ain ni boleh buat.

"The BIGGEST prob ever. With the big, huge, capital B."

"Apa?"

"Aku nak kahwin. This weekend." Tak sempat nak habis ayat Ain, aiskrim yang dah baru nak masuk mulut terus tersembur keluar. Nasib baik kat luar rumah. Kalau tak, sah-sah kena satu kerja lagi lap semua yang tumpah.

"Ain, are you trying to make some joke? Or you are playing some trick on me, right?"

"Nope. I'm totally serious. Damn serious. No time for jokes."

"I'm on my way." Dan Mila terus tanpa beragak-agak, book ticket flight. There's no time to wait for the bus. This really a BIG prob.Dan petang tu jugak, Mila dah elok terpacak depan pagar rumah Ain. Thanks to AirAsia, Now everyone can fly.


 


 

Adif duduk berdiri depan rumah. Petang tadi, selamat dia bergelar suami orang. Masa tu, terus terbayang segala macam nasihat yang ustaz bagi masa kursus kahwin tahun lepas. Dia sedar tanggungjawab yang duduk atas bahu dia sekarang ni bukan kecik. Dah bertambah berkali-kali ganda. Kalau dulu, duk asyik pikir responsibilities as student, and as anak, tapi now, dah tambah lagi dua, as suami and ketua keluarga. Memang cukup mengerikanlah.

"Woit, Dif." Adif kalih pandang. Aduhai, baru nak melayan blues nak bagi jiwang karat sikit ingat tanggungjawab ni ada pulak mamat ni datang mengacau.

"Why? Ko tak balik lagi ke?"

"Jap lagi lah aku balik. Tak puas tengok bridesmaid tadi. Yang ko ni, apsal tak masuk bilik lagi. Kata first night." Afiq tarik sengih. Hehehehe. Kalau bukan kacau membe sendiri, sapa lagi?

"Awal lagi ni. Saja aku nak amik angin malam."

"Takkan kau tak boleh nak adapt lagi fact yang ko suami orang?" Afiq Tanya. Sambil terus duduk sebelah Adif.

"Taklah. Aku just tak sangka, aku dah jadi a HUSBAND."

"Itulah, dulu aku dah kata, jangan pergi kursus kahwin tu, tapi kau yang beria nak join. Kan dah kena badi."

"Ngok lah ko ni." Adif sekeh kepala Afiq. Afiq gelak. Adake patut dia kata kena badi kursus kahwin. Memanglah setahun lepas, dia yang beria gila bersemangat nak join kursus kahwin bila Nampak banner kat tangga nak gi library, just untuk suka-suka. Tak sangka pulak benda tu boleh mudahkan urusan dia nak kahwin.

"Tapi kan Adif, korang ni memang couple paling senang lah nak kahwin."

"Apsal pulak?" Pelik sedikit Adif dengan kenyataan Afiq.

"Yelah, korang dua-dua dah tak payah attend pre-marriage course macam orang lain, sebab dua-dua gatal nak attend awal-awal." Adif terus rasa macam sedikit bengang naik terus je ke kepala. Memang tak makan saman betul mamat Afiq ni. Kalau ada can nak kenakan orang, cepat je dia grab.

"Dahlah ko. Malas aku nak layan. Gi baliklah. Buat menyemak je kat rumah aku."

"Uish, mentang-mentang dia dah dapat teman baru, terus aku ni kawan baik sehidup semati ni ditinggalkan. Ibarat melukut di tepi gantang je. Takpelah." Afiq keluar ayat sedih. Adif buat bolayan. Dah tahu sangat perangai gila Afiq. Bukan baru semalam mereka kenal. Malas nak melayan, Afiq berlalu sambil mulut menyanyi lagu Aishah tu. Adif terus masuk rumah. Semua orang dah tidur agaknya. Senyap satu rumah. Pintu bilik dipulas perlahan. Masih terang.

"Awak." Adif tutup pintu. Suara yang cukup dikenalinya dicari empunyanya. Ain yang tengah duk ralit online kat atas katil dihampiri.

"Saya tak nak ikut cerita novel yang banyak-banyak tu. Asal kahwin paksa je terus nak buat perjanjian mengarut."

"Saya tak suruh pun awak ikut." Adif senyum.

"Tapi, awak fikirlah sendiri. Saya taknak pregnant masa belajar." Dan terus Ain bangun ambil comforter dalam almari letak atas lantai tepi katil pengantin yang terhias cantik. Segala dulang hantaran diletak tepi. Sebiji bantal diletak atas comforter yang dah terbentang. Sekali dengan selimut.

"Okey." Adif yang dah faham isyarat Ain terus je bangun dari katil. Badan direbahkan perlahan atas comforter.

"Ops. Lupa. One more, saya tak bersedia untuk let everyone knows we are already married. So, pandai-pandai sendirilah." Ain terus panjat katil. Bantal kepala Mickey diambil. Laptop yang terbuka ditutup. Adif yang hanya diam tak menjawab, terkedu di atas lantai beralaskan comforter. Dan malam yang sepatutnya berlalu dengan kenangan berakhir begitu sahaja.


 

Sunday, February 21, 2010

SORRY..

Sorry..
sangat ingin meminta maaf sbab dah banyak hari tiada entry yang dimasukkan..
sebab? sebab sangat banyak benda yang menuntut perhatian..semester sudah semakin ke penghujungnya, jadi makin banyak benda yang perlu diambil berat. denagn 3T, acting workshop, SMIT dan segala discussion untuk presentation..dengan kaki yang injured..sangat tak larat dan penat..doakanlah semoga berjaya menmpuhnya..

Sorry again..

Tuesday, February 16, 2010

Sunshine 6

Ain berjalan dari satu sudut ke satu sudut. Tapi satu apa pun tidak dipilih. Bukan kata nak membeli, tapi mencuba pun belum. Adif yang dari tadi setia mengekor langsung tak dihiraukan.

"Awak, takkan satu pun kasut dalam kedai ni awak tak berkenan?" Adif penat. Butik Vincci yang duduk selang satu kedai je dengan Pizza Hut tempat mereka lepak tadi dah diulang keliling masuk kali ni dah 4 kali. Tapi, dari tadi satu kasut pun belum dicapai oleh bakal isterinya yang sorang nih.

"Dah saya kurang suka. Nak buat macam mana. Takkan tak ada butik lain? Bosanlah Vincci. Kalau setakat nak pakai kasut Vincci baik saya beli sendiri je. Tak payah nak tunggu hantaran kahwin. Ingatkan nak bawa saya pergi Jimmy Choo ke, belikan saya Prada ke?" Ain berhenti tepi pintu masuk Vincci. Betullah. Saja je nak cari masalah kalau gadis yang dah biasa shopping kat KLCC, Pavilion yang banyak pilihan kat KL tu shopping hantaran kahwin kat Terengganu. Nak bawak pergi Kuantan pun, dah dari awal mama bagi ayat 'anak dara orang tu jangan bawa jauh-jauh. Jangan sampai kamu bawa lari anak orang ni keluar bumi Terengganu ni.'

"Sedapnya awak cakap. Ingat saya ni buka kilang duit ke? Sesedap kuaci je kan awak nak saya belikan awak Jimmy Choo? Lainlah kalau awak belikan saya Ed Hardy sehelai letak atas dulang tu." Tersentap jugaklah Adif dengar Ain berkata-kata. Dahlah sekali dengan muka-muka. Nampak sangat tak ikhlas keluar ngan aku. Dah sah-sah lah nak tak nak je sebenarnya nak kahwin ni. Ish, macam manalah nanti nih.

"Dahlah. Jomlah pergi cari barang awak dulu. Awak kalau nak Ed Hardy, beli sendirilah. Ikutkan saya, saya belikan t-shirt sehelai sepuluh ringgit je. Tu pun nasib baik, entah-entah saya pergi beli baju bundle.Awak ni pakai baju bundle je sesuai." Ain merungut geram. Ada hati nak pakai Ed Hardy, kalau hensem takpe jugak. Ni muka kacak sikit je dari pecah rumah. Tapi, sambil tu, kaki tetap jugak melangkah ikut Adif menghala ke kereta.

"Awak ni, datang tadi dengan apa?" Adif pandang sekilas Ain di sebelah.

"Abang hantar. Dia pesan nanti nak balik minta awak hantarkan." Ain tunduk. Malu lah jugak sebenarnya. Tadi mulut dah sedap mengutuk orang, sekarang nak orang tu jugak hantar. Adif angguk je.

"Jom." Pintu kereta dibuka. Ain dengan selamba, bagai tahu-tahu je, dah masuk dalam kereta. Adif geleng. Haila, bakal isteri aku nan sorang ni,. Nasib baik sayang. Mulut tu laser macam apa. Kepala bukan betul sangat. Buat ikut sedap dia je. Kereta dipandu. Gadis disebelahnya yang asyik memandang kiri kanan jalan macam ada banyak sangat benda menarik dari yang tengah memandu dijeling sesekali. Tapi, pemanduan tetap diberi perhatian. Yelah, dah bawak anak dara orang kat sebelah. Karang ada yang jadi janda or duda sebelum waktunya karang, susah.

"Okey. Dah sampai." Enjin dimatikan. Central Lock kereta dibuka. Ain buka pintu. Pandang kiri kanan.

"Awak nak beli apa kat sini?" Adif dipandang sipi.

"Kasut. Baju."

"Kat sini?"

"Of course lah. Tadi awak jugak cakap, nak belikan saya baju bundle. Saya datang lah sini. Bukan sekadar baju, kasut pun kat sini, saya tak kisah lah." Ain pelik. Gilalah. Kat sini ke nak cari baju bundle? Dua tiga orang yang tengah duk pandang mereka berdua dari tadi tidak dihiraukan.

"Jom lah masuk. Ni kan bundle. Saya ni kan layak pakai bundle je." Sedikit sarkastik bunyi ayat yang dilontarkan Adif. Mata Ain masih lagi pandang sekeliling. Tapi, layan jelah Masuk jelah. Adif yang dah laju masuk dalam kedai, sambil bagi senyuman mesra alam kat miss tukang jaga kedai yang duk kat depan kaunter dikejar. Sekali, sebaik masuk, Ain dah rasa macam nak letup lelaki yang tengah syok duk pilih kasut kat sudut kedai. Bundle? Yelah bundle. Bundle high class. Label nama kedai yang dilakar dalam graffiti kat meja kaunter kedai tu, baru je menangkap pemahamam Ain yang kadang-kadang pending. 'The Bundle Shop'. Ain yang sedikit geram, sebab terkena tak semena-mena terus stuck macam tunggul kayu mati tiba-tiba sebab tak cukup karbon dioksida bila matanya menangkap sesuatu di depan mata. Coolio giler kedai ni. Handbag Guess new arrival yang elok duduk kat atas rak pameran menyapa pandangan. Handbag sama yang dia aim dekat KLCC masa keluar dengan Mila hari tu. Yang masa tu belum dibeli sebab duit dalam purse tak berapa nak selamat untuk buat retail therapy. Ok. Dah dapat satu dulang. Ain terus rasa macam ada mood nak shopping bila dah jumpa tempat best. Memang lah kedai ni tak banyak choice, tapi dah cukup buat ain lega bila sekurang-kurangnya ada benda yang diidamkan. Adif yang entah kat mana malas dah nak dipedulikan. Badan dipusing ke kiri. Belum apa-apa deretan Crocs yang duduk elok tepi lipatan baju menarik perhatian. Shit! Wedge ni memang dah lama nak beli. Tapi harga dia je belum nak berapa mampu. Buat tambah satu dulang lagi cun jugak ni. Akal devil Ain dah mula tumbuh nak mengenakan dan menipiskan wallet Adif. Purse Esprit putih yang memang stylo gila cun kat depan mata ditilik. Harga perkara kedua. Sebab bukan bayar sendiri. Ain menimbang-nimbang. Ini kalau buat tambahan aksesori sekali dengan handbag cun jugak ni.

"Saya dah sudah pilih. Dah dapat dua dulang."Ayat Adif yang tiba-tiba tersenyum sinis dibalas dengan anggukan Cuma. Adif mula dah terasa menang. Yelah, mana taknya, Kasut Vans new arrival yang dipilih tadi, mau nak hampir cecah 200 ringgit jugak lah. Tambah dengan tee corak sempoi tadi yang sehelai nak cecah seratus, tapi dia bukan ambil satu, dua sekali dia rembat. Buat penuh dulang. Tee je pun.

"Jom bayar. Nak cari barang awak lagi."

"Kejap. Kak!" Adif kerut kening. Apa kes tiba-tiba minah ni nak panggil akak tu pulak? Nak suruh komplot sabotaj barang aku ke apa?

"Kak, nak Guess ni, dengan purse ni, pastu Crocs ni, bagi yang saiz 7 ye kak?" Senyum simpul Ain bagi kat Adif yang dah nak ternganga. Budak Ain ni macam tahu tahu je aku nak kenakan dia. Sekali dia dah bantai paw aku dulu. Hmm..nampak gayanya, kalah lagi lah kau Adif.

"Okey. Dah jom bayar. Saya dah dapat kasut dengan beg." Ain laju je berjalan ke kaunter.

"Kak, Bayar asing ek?" Akak cashier merangkap penjaga kedai tu Cuma mengangguk.

"RM 387.90" Ain terus laju je keluarkan credit card dari purse. Tadi sebelum keluar, Umi dah bagi card tu untuk shopping barang hantaran. Nasib baik. Kalau tak, nipis jugaklah akaun Bank Mualamat aku.

"Yang ni kak?" Cashier tu elok je bertanya, bila Ain dah gaya macam nak blah lepas bayar barang Adif.

"Dia bayar. Saya bayar yang ni je." Ain senyum. Adif yang kat sebelah dah tak tahu nak kata apa. Speechless. Lambat-lambat Credit card dihulur. Ni pun nasib baik aku ni hari ni anak kurang baik. Minta Papa yang sponsor. Kalau tak mahu licin segala duit JPA yang aku simpan. Semua 4-5 beg plastic yang ada kat atas kaunter tu diangkut. Adif bengang jugaklah sebenarnya. High maintenance jugak budak Ain bakal bininya merangkap tunang yang dah curi hati dia buat sup cecah gulai ni. Mana taknya, Vincci taknak. Tapi, bila masuk kedai 'bundle' ni, boleh pulak dia shopping sakan. Mentang-mentang kedai 'bundle' ni executive punya 'bundle'. Aku ambik sepasang kasut dengan tee dua helai, tak sempat nak cecah 4 pun. Minah ni, sekali, dia bantai rembat, handbag Guess= RM 286. Crocs= RM 325. Purse Esprit yang kecik nonet tu= RM 175. Memang gilo minah ni. Jangan lepas ni dia nak rembat Ariani pulak sudah. Dahlah muka dia tu macam dah terkeluar aura saya-suka-shopping dah.

"Lepas ni pergi Ariani. Beli Tudung." Dah gaya sedikit Diktator Ain memberi arahan. Adif dah tak mampu nak buat apa-apa. Melepaskan keluhan jelah nampaknya. Benda yang paling kalau boleh nak dielakkan hari ni, terjadi jugak. Kalau dah masuk Ariani, paling koman kena 200 lagi ni. Tu baru kalau pilih yang 2 3 kaler je. Dibuatnya terbekenan kat Tudung design baru yang ada 7 8 kaler tu? Mau tak naya. Manalah kau tahu pasal tudung semua ni Adif? Hehe..Kalau dah selalu sangat teman Mama tahulah rate harga butik yang guna Ekin jadi duta tu.

"Nak pergi Ariani jugak ke? Butik depan 'bundle' tadi pun, banyak je tudung sama macam Ariani." Adif try nak kompromi.

"Tapi bukan Ariani. Kalau saya kata nak pergi Ariani ikut jelah. Banyak songel betullah." Adif dah malas mahu melawan. Ikut jelah labu. Today she's the boss.

Friday, February 12, 2010

Sunshine 5

"Adif, apa lagi yang Adif menungkan? Fikirkan Ain?" Puan Sofi sudah duduk di sebelah anak sulungnya. Adif Cuma tersenyum.

"Takdelah, mama. Adif saja nak menikmati hari-hari single." Adif cuba berseloroh. Adak e mama kata dia teringat Ain. Walaupun betul. Ain. Gadis yang betul-betul telah Berjaya mengocak ketenangan hatinya sejak pertemuan kali pertama. Gadis selamba yang tanpa segan silu, menegurnya dan kawan-kawan demi sebuah assignment. Tapi, gadis yang sama juga yang sedikit jual mahal dan kelihatan kurang mesra ketika mereka berjumpa untuk menyerahkan assignment dan hari ini, dia sekali lagi terkejut, apabila gadis yang mula mendapat tempat di hatinya itu diperkenalkan sebagai calon isterinya. Yang akan menjadi miliknya yang sah dalam masa tiga bulan lagi. Yang nyata bukan hanya Adif yang terkejut badak, tapi Ain juga terkejut beruk.

"Awak buat apa kat sini?" Adif yang sedikit terkejut selepas tiba-tiba disergah bertanya.

"Patutnya saya yang Tanya awak. Ni rumah saya. Mesti saya kat sini." Ain cekak pinggang. Geram dengan lelaki dihadapannya. Adak e patut Tanya apa aku buat kat rumah sendiri.

"Hah! Adif, Ain. Dah berkenalan?" Kemunculan Puan Sofi bersama Puan Amni secara tiba-tiba buat mereka ternganga. Kalau berdasarkan soalan tu, otak cepat tangkap aku ni memang dah faham cerita. Kejap! Kejap!

"Berkenalan? Kenapa nak kena kenal dengan mamat otak tak centre ni, ummi?"

"Ain, kenapa kamu kata bakal suami kamu macam tu? Tak elok. Dah, dua-dua masuk. Hah, Aqil, kamu pun masuk sekali. Makanan dah siap. Papa dengan Walid kamu dah tunggu kat dalam."

"Bakal suami? Ummi!!" Ain yang turut terdiam bersama Adif berlari mengejar Puan Amni. Adif tercengang-cengang. Mencerna patah patah perkataan yang baru masuk ke benaknya. Tangan Aqil yang mengheretnya bersama omelan dimulut tidak dipedulikan. Bakal suami? Maksudnya, dia bakal isteri?

"Adif? Dengar tak apa yang mama Tanya tadi?"

"Hah?" Adif terkejut.

"Sahlah, kamu tak dengar ni apa yang mama Tanya."

"Mama Tanya apa? Adif tak perasan." Adif tersengih. Hish! Ni semua salah Ain. Tiba-tiba buat dia mengelamun boleh teringat benda lain pulak. Sampai terlupa mama kat sebelah.

"Tak ada apa lah. Hah! Jangan lupa, esok kamu ada date dengan bakal isteri kamu. Jangan buat-buat lupa pulak." Adif mengangguk. Puan Sofi tersenyum sebelum meninggalkan Adif keseorangan melayan blues bersama-sama ikan di kolam.


 

Suasana Pizza Hut yang agak lengang pagi itu menambahkan debar di hati Ain. Entah kenapalah dia boleh bersetuju dengan rancangan ibunya. Supaya dia keluar berdua bersama-sama Adif, atau lebih tepat lagi bakal suaminya. Dahlah pilih Pizza Hut. Tak menarik langsung. Cubalah pilih Secret Recipe, boleh jugak makan kek. Suasana disekitarnya diperhatikan. Cuma dua tiga meja sahaja yang terisi. Maklumlah hari bekerja, tidak ramai yang akan berfoya-foya melepak pada waktu waktu begini.

"Assalamualaikum." Pantas, Ain memandang lelaki dihadapannya. Jam ditangan dilirik sekilas.

"Awak dah lambat 15 minit."

"Sorry. Tapi, kot ye pun awak nak marah, takkan salam saya taknak jawab." Adif tarik kerusi berhadapan Ain.

"Saya dah order. Lambat sangat." Langsung Ain tidak mempedulikan Adif.

"Awak order apa?" Adif tarik senyum. Cuba untuk beramah mesra. Apa-apapun, gadis dihadapannya ini adalah bakal isterinya. Gadis yang akan menemani hari-harinya di masa akan datang. Gadis yang diharapkan untuk menjadi suri hidupnya.

"ikut sukalah saya nak order apa pun. Awak makan jelah. Sape suruh awak dating lambat sangat." Ain geram. Matanya sengaja dihalakan kea rah jalan raya. Memang snegaja dia memilih tempat yang menghadap jalan. Sekurang-kurangnya, tak adalah dia hanya merenung dinding sepanjang masa.

"Suka-suka awak pun, nanti saya jugak yang nak makan. Saya jugak nak kena bayar." Adif dah naik geram. Dia bukanlah dikategorikan lelaki yang boleh sabar dengan perempuan. Lebih-lebih lagi yang banyak kerenah, cerewet dan degil.

"Awak yang ajak saya keluar, awaklah yang bayar."

"Memanglah saya ajak awak keluar. Tapi ni pun sebab mama yang suruh. Suruh bawa awak keluar beli barang hantaran, temapah baju, everything." Ain jungkit bahu. Tanda malas nak melayan. Adif bengang. Tapi, api geram cuba ditutup dengan air kesabaran. Nasib baiklah perempuan dihadapannya ni, bakal isterinya. Dan telah pun mencuri dan mendiami sudut paling dalam hatinya, sejak pertama kali mereka bertemu. Kalau orang lain, jangan haraplah dia masih boleh bersabar dan berada di situ.