Thursday, July 7, 2011

MedCinta 7

I count the sheep but I still couldn’t sleep,

So, I look at the stars, and I dream of you.

Berkali-kali Juhana membaca isi e-card yang diterimanya. Emel daripada entah siapa-siapa. Dari emel yang langsung tidak dikenalinya. Mata Juhana masih tidak lepas dari patah-patah perkataan yang elok tertulis atas imej biri-biri yang sedang bermain riang di tengah padang. Siap ada bintang gerak-gerak kat bahagian tepi e-card tersebut.

“Hanim, apa kau buat kalau tiba-tiba kau dapat kad dari orang yang tak tahu sape?”

Hanim yang tengah seronok layan Prince and Me kat TV terus buat pusingan 180 darjah. “Kau kenapa? Tiba-tiba Tanya soalan tak berkaitan ni. Aku tak nak dengar jawapan, ‘random’ mcam yang selalu kau bagi.” Hanim terus dengan amaran siap. Dah kenal sangat dah dengan kawannya yang seorang ni. Suka sangat Tanya soalan tiba-tiba pastu, bila kita Tanya, jawapannya, random.

“Kalau aku cakap, aku just dapat one card from someone I don’t know?” Juhana teragak-agak memberitahu. Dari tadi kepala dia asyik pening je nak memikrkan siapalah insane yang ‘baik hati’ sangat nak mengirimkan e-card untuknya.

Hanim dah hamper nak terlompat dari sofa depan TV. “Hah???!! Wow, Jue, aku rasa tu mesti dari secret admirer kau. Wah! Jue ada secret admirer. Haha.”

“Hanim, stop. Please, stop laughing. Aku tau aku ni makhluk yang memang tahap tak laku sampai nak ada secret admirer is one of the most hilarious part, but now, my dear hanim, ni bukan pasal siapa yang hantar je, but, what should I do???”

“Aku tau. Kau just reply the card. Send another E-card. Bijak kan aku.” Hanim senyum. Juhana dah rasa macam nak baling je apa yang ada di tangannya kea rah makcik yang elok sambung balik tengok Prince and Me kat TV. Geram. Tapi tangannya masih lagi ligat menggerakkan mouse mencari e-card yang sesuai sebagai balasan.

Saya mungkin bkn bintang yang awak cari.

Dan saya juga tahu yang I’m totally not one of the sheep that u’ve counted.

p/s: go and find another star that can make u sleep.

Juhana menekan butang send sebaik sahaja selesai menaip mesej balasannya.

“Abang, tadi Alif sibuk cari abang. Kenapa?” Adif yang sedang membelek Blackberry di tangan terhenti.

“Hmm..Mintak tips.”

Ain pelik. “Tips? Tips apa? Abang jangan nak ajar adik Ain benda pelik-pelik.”

“Takdelah saying. Mana ada ilmu pelik. Bagi tips memikat je.” Adif angkat kening sebelah.

“Memikat? Yelah tu. Abang ni pandai ke memikat orang ek?” Ain saja je buat muka berlagak. Adif ni bukan boleh diberi peluang. Ada je tempat yang nak dilagakkan.

Adif angguk. “Pandai je. Kalau tak takdelah princess sebelah abang ni boleh terpikat. Haha.” Adif tarik senyum. Haish, isterinya ni memang tak pernah mahu mengalah. Ada je yang nak dikutuknya suami dia yang hensem ni.

“Sayang, abang rasa kan, Alif tu, dah head over heels kat someone la. Do you know who?” Adif tiba-tiba rasa berminat pula nak mengorek tentang adik iparnya yang seorang tu.

Ain menggeleng. “No. You should know better. Abang ipar kesayangan kan. Kata Alif mintak tips, then, abang tak Tanya pulak?”

“Tak tertanya. But, I can see yang, tak lama lagi, Ain bakal dapat adik ipar. Abang rasa, abang kena jadi spy ni. Yeah!.” Adif dah seronok buat gaya James Bond. Yelah, spy untuk menyelidik siapakah gadis yang boleh buat adik iparnya dating mencari tips memikat.

3 comments:

  1. haha....alif ke yg kasi e-card tu....?sweet nye....suke2...nape lame sgt bru update en3 bru...?

    ReplyDelete
  2. Sape ye yg kasi e-card tu? mungkin alif, mungkin org lain..tggu ye..=)

    p/s: huhu..sorry for being late..sangat busy..inipun mencuri2 masa menulis entry baru..huhu..

    ReplyDelete
  3. mesti alif la yg hntar e-card tuh..kot alif cari name jue kt website ke.jue kt journalist.. :)

    ReplyDelete