Tuesday, February 16, 2010

Sunshine 6

Ain berjalan dari satu sudut ke satu sudut. Tapi satu apa pun tidak dipilih. Bukan kata nak membeli, tapi mencuba pun belum. Adif yang dari tadi setia mengekor langsung tak dihiraukan.

"Awak, takkan satu pun kasut dalam kedai ni awak tak berkenan?" Adif penat. Butik Vincci yang duduk selang satu kedai je dengan Pizza Hut tempat mereka lepak tadi dah diulang keliling masuk kali ni dah 4 kali. Tapi, dari tadi satu kasut pun belum dicapai oleh bakal isterinya yang sorang nih.

"Dah saya kurang suka. Nak buat macam mana. Takkan tak ada butik lain? Bosanlah Vincci. Kalau setakat nak pakai kasut Vincci baik saya beli sendiri je. Tak payah nak tunggu hantaran kahwin. Ingatkan nak bawa saya pergi Jimmy Choo ke, belikan saya Prada ke?" Ain berhenti tepi pintu masuk Vincci. Betullah. Saja je nak cari masalah kalau gadis yang dah biasa shopping kat KLCC, Pavilion yang banyak pilihan kat KL tu shopping hantaran kahwin kat Terengganu. Nak bawak pergi Kuantan pun, dah dari awal mama bagi ayat 'anak dara orang tu jangan bawa jauh-jauh. Jangan sampai kamu bawa lari anak orang ni keluar bumi Terengganu ni.'

"Sedapnya awak cakap. Ingat saya ni buka kilang duit ke? Sesedap kuaci je kan awak nak saya belikan awak Jimmy Choo? Lainlah kalau awak belikan saya Ed Hardy sehelai letak atas dulang tu." Tersentap jugaklah Adif dengar Ain berkata-kata. Dahlah sekali dengan muka-muka. Nampak sangat tak ikhlas keluar ngan aku. Dah sah-sah lah nak tak nak je sebenarnya nak kahwin ni. Ish, macam manalah nanti nih.

"Dahlah. Jomlah pergi cari barang awak dulu. Awak kalau nak Ed Hardy, beli sendirilah. Ikutkan saya, saya belikan t-shirt sehelai sepuluh ringgit je. Tu pun nasib baik, entah-entah saya pergi beli baju bundle.Awak ni pakai baju bundle je sesuai." Ain merungut geram. Ada hati nak pakai Ed Hardy, kalau hensem takpe jugak. Ni muka kacak sikit je dari pecah rumah. Tapi, sambil tu, kaki tetap jugak melangkah ikut Adif menghala ke kereta.

"Awak ni, datang tadi dengan apa?" Adif pandang sekilas Ain di sebelah.

"Abang hantar. Dia pesan nanti nak balik minta awak hantarkan." Ain tunduk. Malu lah jugak sebenarnya. Tadi mulut dah sedap mengutuk orang, sekarang nak orang tu jugak hantar. Adif angguk je.

"Jom." Pintu kereta dibuka. Ain dengan selamba, bagai tahu-tahu je, dah masuk dalam kereta. Adif geleng. Haila, bakal isteri aku nan sorang ni,. Nasib baik sayang. Mulut tu laser macam apa. Kepala bukan betul sangat. Buat ikut sedap dia je. Kereta dipandu. Gadis disebelahnya yang asyik memandang kiri kanan jalan macam ada banyak sangat benda menarik dari yang tengah memandu dijeling sesekali. Tapi, pemanduan tetap diberi perhatian. Yelah, dah bawak anak dara orang kat sebelah. Karang ada yang jadi janda or duda sebelum waktunya karang, susah.

"Okey. Dah sampai." Enjin dimatikan. Central Lock kereta dibuka. Ain buka pintu. Pandang kiri kanan.

"Awak nak beli apa kat sini?" Adif dipandang sipi.

"Kasut. Baju."

"Kat sini?"

"Of course lah. Tadi awak jugak cakap, nak belikan saya baju bundle. Saya datang lah sini. Bukan sekadar baju, kasut pun kat sini, saya tak kisah lah." Ain pelik. Gilalah. Kat sini ke nak cari baju bundle? Dua tiga orang yang tengah duk pandang mereka berdua dari tadi tidak dihiraukan.

"Jom lah masuk. Ni kan bundle. Saya ni kan layak pakai bundle je." Sedikit sarkastik bunyi ayat yang dilontarkan Adif. Mata Ain masih lagi pandang sekeliling. Tapi, layan jelah Masuk jelah. Adif yang dah laju masuk dalam kedai, sambil bagi senyuman mesra alam kat miss tukang jaga kedai yang duk kat depan kaunter dikejar. Sekali, sebaik masuk, Ain dah rasa macam nak letup lelaki yang tengah syok duk pilih kasut kat sudut kedai. Bundle? Yelah bundle. Bundle high class. Label nama kedai yang dilakar dalam graffiti kat meja kaunter kedai tu, baru je menangkap pemahamam Ain yang kadang-kadang pending. 'The Bundle Shop'. Ain yang sedikit geram, sebab terkena tak semena-mena terus stuck macam tunggul kayu mati tiba-tiba sebab tak cukup karbon dioksida bila matanya menangkap sesuatu di depan mata. Coolio giler kedai ni. Handbag Guess new arrival yang elok duduk kat atas rak pameran menyapa pandangan. Handbag sama yang dia aim dekat KLCC masa keluar dengan Mila hari tu. Yang masa tu belum dibeli sebab duit dalam purse tak berapa nak selamat untuk buat retail therapy. Ok. Dah dapat satu dulang. Ain terus rasa macam ada mood nak shopping bila dah jumpa tempat best. Memang lah kedai ni tak banyak choice, tapi dah cukup buat ain lega bila sekurang-kurangnya ada benda yang diidamkan. Adif yang entah kat mana malas dah nak dipedulikan. Badan dipusing ke kiri. Belum apa-apa deretan Crocs yang duduk elok tepi lipatan baju menarik perhatian. Shit! Wedge ni memang dah lama nak beli. Tapi harga dia je belum nak berapa mampu. Buat tambah satu dulang lagi cun jugak ni. Akal devil Ain dah mula tumbuh nak mengenakan dan menipiskan wallet Adif. Purse Esprit putih yang memang stylo gila cun kat depan mata ditilik. Harga perkara kedua. Sebab bukan bayar sendiri. Ain menimbang-nimbang. Ini kalau buat tambahan aksesori sekali dengan handbag cun jugak ni.

"Saya dah sudah pilih. Dah dapat dua dulang."Ayat Adif yang tiba-tiba tersenyum sinis dibalas dengan anggukan Cuma. Adif mula dah terasa menang. Yelah, mana taknya, Kasut Vans new arrival yang dipilih tadi, mau nak hampir cecah 200 ringgit jugak lah. Tambah dengan tee corak sempoi tadi yang sehelai nak cecah seratus, tapi dia bukan ambil satu, dua sekali dia rembat. Buat penuh dulang. Tee je pun.

"Jom bayar. Nak cari barang awak lagi."

"Kejap. Kak!" Adif kerut kening. Apa kes tiba-tiba minah ni nak panggil akak tu pulak? Nak suruh komplot sabotaj barang aku ke apa?

"Kak, nak Guess ni, dengan purse ni, pastu Crocs ni, bagi yang saiz 7 ye kak?" Senyum simpul Ain bagi kat Adif yang dah nak ternganga. Budak Ain ni macam tahu tahu je aku nak kenakan dia. Sekali dia dah bantai paw aku dulu. Hmm..nampak gayanya, kalah lagi lah kau Adif.

"Okey. Dah jom bayar. Saya dah dapat kasut dengan beg." Ain laju je berjalan ke kaunter.

"Kak, Bayar asing ek?" Akak cashier merangkap penjaga kedai tu Cuma mengangguk.

"RM 387.90" Ain terus laju je keluarkan credit card dari purse. Tadi sebelum keluar, Umi dah bagi card tu untuk shopping barang hantaran. Nasib baik. Kalau tak, nipis jugaklah akaun Bank Mualamat aku.

"Yang ni kak?" Cashier tu elok je bertanya, bila Ain dah gaya macam nak blah lepas bayar barang Adif.

"Dia bayar. Saya bayar yang ni je." Ain senyum. Adif yang kat sebelah dah tak tahu nak kata apa. Speechless. Lambat-lambat Credit card dihulur. Ni pun nasib baik aku ni hari ni anak kurang baik. Minta Papa yang sponsor. Kalau tak mahu licin segala duit JPA yang aku simpan. Semua 4-5 beg plastic yang ada kat atas kaunter tu diangkut. Adif bengang jugaklah sebenarnya. High maintenance jugak budak Ain bakal bininya merangkap tunang yang dah curi hati dia buat sup cecah gulai ni. Mana taknya, Vincci taknak. Tapi, bila masuk kedai 'bundle' ni, boleh pulak dia shopping sakan. Mentang-mentang kedai 'bundle' ni executive punya 'bundle'. Aku ambik sepasang kasut dengan tee dua helai, tak sempat nak cecah 4 pun. Minah ni, sekali, dia bantai rembat, handbag Guess= RM 286. Crocs= RM 325. Purse Esprit yang kecik nonet tu= RM 175. Memang gilo minah ni. Jangan lepas ni dia nak rembat Ariani pulak sudah. Dahlah muka dia tu macam dah terkeluar aura saya-suka-shopping dah.

"Lepas ni pergi Ariani. Beli Tudung." Dah gaya sedikit Diktator Ain memberi arahan. Adif dah tak mampu nak buat apa-apa. Melepaskan keluhan jelah nampaknya. Benda yang paling kalau boleh nak dielakkan hari ni, terjadi jugak. Kalau dah masuk Ariani, paling koman kena 200 lagi ni. Tu baru kalau pilih yang 2 3 kaler je. Dibuatnya terbekenan kat Tudung design baru yang ada 7 8 kaler tu? Mau tak naya. Manalah kau tahu pasal tudung semua ni Adif? Hehe..Kalau dah selalu sangat teman Mama tahulah rate harga butik yang guna Ekin jadi duta tu.

"Nak pergi Ariani jugak ke? Butik depan 'bundle' tadi pun, banyak je tudung sama macam Ariani." Adif try nak kompromi.

"Tapi bukan Ariani. Kalau saya kata nak pergi Ariani ikut jelah. Banyak songel betullah." Adif dah malas mahu melawan. Ikut jelah labu. Today she's the boss.

Friday, February 12, 2010

Sunshine 5

"Adif, apa lagi yang Adif menungkan? Fikirkan Ain?" Puan Sofi sudah duduk di sebelah anak sulungnya. Adif Cuma tersenyum.

"Takdelah, mama. Adif saja nak menikmati hari-hari single." Adif cuba berseloroh. Adak e mama kata dia teringat Ain. Walaupun betul. Ain. Gadis yang betul-betul telah Berjaya mengocak ketenangan hatinya sejak pertemuan kali pertama. Gadis selamba yang tanpa segan silu, menegurnya dan kawan-kawan demi sebuah assignment. Tapi, gadis yang sama juga yang sedikit jual mahal dan kelihatan kurang mesra ketika mereka berjumpa untuk menyerahkan assignment dan hari ini, dia sekali lagi terkejut, apabila gadis yang mula mendapat tempat di hatinya itu diperkenalkan sebagai calon isterinya. Yang akan menjadi miliknya yang sah dalam masa tiga bulan lagi. Yang nyata bukan hanya Adif yang terkejut badak, tapi Ain juga terkejut beruk.

"Awak buat apa kat sini?" Adif yang sedikit terkejut selepas tiba-tiba disergah bertanya.

"Patutnya saya yang Tanya awak. Ni rumah saya. Mesti saya kat sini." Ain cekak pinggang. Geram dengan lelaki dihadapannya. Adak e patut Tanya apa aku buat kat rumah sendiri.

"Hah! Adif, Ain. Dah berkenalan?" Kemunculan Puan Sofi bersama Puan Amni secara tiba-tiba buat mereka ternganga. Kalau berdasarkan soalan tu, otak cepat tangkap aku ni memang dah faham cerita. Kejap! Kejap!

"Berkenalan? Kenapa nak kena kenal dengan mamat otak tak centre ni, ummi?"

"Ain, kenapa kamu kata bakal suami kamu macam tu? Tak elok. Dah, dua-dua masuk. Hah, Aqil, kamu pun masuk sekali. Makanan dah siap. Papa dengan Walid kamu dah tunggu kat dalam."

"Bakal suami? Ummi!!" Ain yang turut terdiam bersama Adif berlari mengejar Puan Amni. Adif tercengang-cengang. Mencerna patah patah perkataan yang baru masuk ke benaknya. Tangan Aqil yang mengheretnya bersama omelan dimulut tidak dipedulikan. Bakal suami? Maksudnya, dia bakal isteri?

"Adif? Dengar tak apa yang mama Tanya tadi?"

"Hah?" Adif terkejut.

"Sahlah, kamu tak dengar ni apa yang mama Tanya."

"Mama Tanya apa? Adif tak perasan." Adif tersengih. Hish! Ni semua salah Ain. Tiba-tiba buat dia mengelamun boleh teringat benda lain pulak. Sampai terlupa mama kat sebelah.

"Tak ada apa lah. Hah! Jangan lupa, esok kamu ada date dengan bakal isteri kamu. Jangan buat-buat lupa pulak." Adif mengangguk. Puan Sofi tersenyum sebelum meninggalkan Adif keseorangan melayan blues bersama-sama ikan di kolam.


 

Suasana Pizza Hut yang agak lengang pagi itu menambahkan debar di hati Ain. Entah kenapalah dia boleh bersetuju dengan rancangan ibunya. Supaya dia keluar berdua bersama-sama Adif, atau lebih tepat lagi bakal suaminya. Dahlah pilih Pizza Hut. Tak menarik langsung. Cubalah pilih Secret Recipe, boleh jugak makan kek. Suasana disekitarnya diperhatikan. Cuma dua tiga meja sahaja yang terisi. Maklumlah hari bekerja, tidak ramai yang akan berfoya-foya melepak pada waktu waktu begini.

"Assalamualaikum." Pantas, Ain memandang lelaki dihadapannya. Jam ditangan dilirik sekilas.

"Awak dah lambat 15 minit."

"Sorry. Tapi, kot ye pun awak nak marah, takkan salam saya taknak jawab." Adif tarik kerusi berhadapan Ain.

"Saya dah order. Lambat sangat." Langsung Ain tidak mempedulikan Adif.

"Awak order apa?" Adif tarik senyum. Cuba untuk beramah mesra. Apa-apapun, gadis dihadapannya ini adalah bakal isterinya. Gadis yang akan menemani hari-harinya di masa akan datang. Gadis yang diharapkan untuk menjadi suri hidupnya.

"ikut sukalah saya nak order apa pun. Awak makan jelah. Sape suruh awak dating lambat sangat." Ain geram. Matanya sengaja dihalakan kea rah jalan raya. Memang snegaja dia memilih tempat yang menghadap jalan. Sekurang-kurangnya, tak adalah dia hanya merenung dinding sepanjang masa.

"Suka-suka awak pun, nanti saya jugak yang nak makan. Saya jugak nak kena bayar." Adif dah naik geram. Dia bukanlah dikategorikan lelaki yang boleh sabar dengan perempuan. Lebih-lebih lagi yang banyak kerenah, cerewet dan degil.

"Awak yang ajak saya keluar, awaklah yang bayar."

"Memanglah saya ajak awak keluar. Tapi ni pun sebab mama yang suruh. Suruh bawa awak keluar beli barang hantaran, temapah baju, everything." Ain jungkit bahu. Tanda malas nak melayan. Adif bengang. Tapi, api geram cuba ditutup dengan air kesabaran. Nasib baiklah perempuan dihadapannya ni, bakal isterinya. Dan telah pun mencuri dan mendiami sudut paling dalam hatinya, sejak pertama kali mereka bertemu. Kalau orang lain, jangan haraplah dia masih boleh bersabar dan berada di situ.

Sunday, February 7, 2010

Sunshine 4

Sunshine 4.
atas sedikit kesilapan teknikal..untuk membaca entry ni, sila klik link di atas..
sorry atas kesilapan.

Wednesday, February 3, 2010

Sunshine 3

"Weyh, dah habis study belum?"

"Study apa? Aku kan pelajar berjaya, study dah. Revision je belum." Pap! Sekali kena sekeh.

"Sakit dowh." Adif gosok kepala.

"Sape suruh kau main loyar buruk ngan aku. Kan dah kena." Afiq duduk atas katil.

"Kalau aku nak jadi lawyer, baik aku convert law." Adif masih jawab main-main. Saja.

"Tak habis-habis. Kau nak kena lagi ke? Lagi sekali kau buat, aku tak tergak-agak nak campak kau masuk sungai depan CAC tuh." Adif tarik sengih kambing.

"Okey2. Kau ni, kot ye pun nak campak aku, pilih ah sungai yang cantik sikit. Ni, bagi sungai yang dah kaler sama ngan teh tarik mamak HS tuh buat apa."

"Zaf mana?" Dari pagi muka mamat sekor tu tak Nampak-nampak.

"Entah. Keluar kot." Adif jawab ringkas.

"Ye ah tuh. Kalau tak, asal bangun je, belum sempat buang tahi mata, dah tercongok kat bilik ni. Gaya tak ada bilik sendiri je mamat sekor tuh."

"Paper kau habis bila?"

"14. Pastu aku terus balik." Adif tarik buku History atas meja. Tiba-tiba terada perasaan nak baca buku.

"Kau tak sama dengan aku ke?" Afiq capai nota atas meja study Adif.

"Kau paper last apa?"

"CCT" Afiq meniarap atas katil.

"Aku tak ambik CCT."

"Tapi kan, apsal awal sangat kau nak blah. Selalu kau stay sampai 2 3 hari." Afiq pandang Adif atas kerusi.

"Umi aku suruh balik awal. Hal penting apa entah." Adif jungkit bahu.

"Nak suruh kau kahwin tak?" Afiq tahan gelak dengan ayat sendiri.

"Sial lah kau ni. Ada ke patut. Ni memang mengundang kemarahan aku ni."Adif dah letak buku atas meja balik. Terkejut.

"Aku main agak je." Afiq senyum kambing.

"Masin mulut kau memang aku bawak kau pergi tasik belakang tau. Tak pun rendam kau dalam kolam kat Male."

"Fuh, selamat. Nasib baik bukan selam dalam sungai depan CAC." Afiq gelak lega. Adif tarik balik buku. Sambung baca. Esok final exam dah nak mula. Layan mamat Afiq ni, sampai pagi esok pun belum tentu habis.


 

Glossary: CAC- Cultural Activities Centre

CCT- Creative Thinking and Problem Solving

HS- Human Sciences (merujuk kepada kafe)

"Fuh! Lega. Heaven!" Ain tarik semua nota masuk beg. Habis segala nota yang bersepah kat luar hall dikaut sumbat dalam beg.

"Celebrate jom?" Mila angkat kening sebelah.

"Cool! Makan kek nak?"

"Aku datang tadi tak drive, so, takleh gi Secret Recipe." Ain sengih panjang.

"Ainon's sudah." Laju je Ain jalan menonong naik tangga EDU nak pergi Ainon's.

"Aku nak makan Kyros. Jom!" Mila tarik handbag yang diletak kat tepi pintu banquet. Elok sampai aje kat atas, Ain terus letak buku atas meja paling hujung tepi Kyros Kebab. Tanda tempat. Kalau lambat memang melepas lah.

"Ain, kau Nampak tak kat meja tepi tuh?"

"Kenapa? Ada mat saleh hensem ke weyh?" Ain sudu Blueberry Cheese Cake masuk mulut.

"Bukanlah."

"Dah tu? Kalau setakat mamat Pakistan baik tak payah."

"Classmate poli aku yang aku pinjam assignment hari tu." Mila suap kebab masuk mulut.

"Owh. Yang bajet poyo tuh ke?"

"Hensem tuh. Boleh kau kata bajet poyo."

"Hensem apa nye? Jangan kata kau dah sangkut kat sorang mamat tu?" Ain buat muka tak percaya+tak suka.

"Taklah sangkut. Tapi kalau dapat mamat yang pakai speck tu okey gak." Mila tarik senyum gatal.

"Ko memang. Asal mamat pakai speck je, hensem. Agaknya kalau mamat negro sebelah ni pakai speck pon kau kata hensem kan?"

"Kot ye pun, agak-agak la beb. Mamat negro ngan mamat melayu jauh beza tuh. Taste aku taste melayu agi tau." Mila toleh curi pandang kat meja hujung tempat Afiq dan member-membernya lepak.

"Hi, sweety!" Mila angkat muka. Hati dah berbunga-bunga. Perasan lah kononnya.

"Sweety ke, Tweety ke takde kat sini." Ain buat muka blah-ko-dari-sini.

"Sorry, sis. Just nak tanya, assignment hari tu, dah habis pakai belom?" Mila terus tunduk. Malu beb. Sekali nak tanya pasal assignment yang aku pinjam hari tu je.

"Hmm..Dah. Alhamdulillah. Dah selamat letak kat bawah pintu bilik sir."

"Owh okeylah tu." Afiq letak punggung kat sebelah Mila.

"So?" Mila pandang Afiq kat sebelah. Mamat hensem, gerak lah ko balik ketempat kawan-kawan ko bertapa. Teman bermain hamba sudah mula naik angin Giant nih.

"So,,,can I have my assignment back?" Afiq tarik senyum sehabis kacak yang boleh. Ain yang dari tadi duk berasap je tak dipedulikan.


 

Thursday, November 12, 2009

X bertajuk 2

"Weyh! Asal kau diam je nih?"

"Hah?" Fail dicampak atas meja.

"Tengok. Macam orang angau kau tahu tak?"

"Yeke? Mesti kau pernah angau kan? Sah! Kantoi!"

"Teruk ah kau ni.Kalau tak berpengalaman pun, boleh tahu lah weyh..Muka macam mati bini macam kau ni." Afiq yang tengah dengar bantai gelak.

"Hahaha. Entah-entah kau sangkut kat minah tengah hari tadi tak?"

"Minah mana?" Adif buat muka blur. Zaf tepuk dahi. Mamat ni memang pending lah.

"Ala, budak yang tiba-tiba serbu mintak pinjam assignment tu."

"Owh..aku ingat dah. Yang pakai kemeja belang tadi tu eh?"

"Bukan la ngok!" Afiq dah tahan gelak. Memang lah si mamat Adif sorang nih pending terlebih.

"Membe dia. Yang tukang tanya bagi pihak budak tu."

"Owh. Aku tahu. Yang pakai shirt gambar kasut tu ke?"

"Exactly! Gila sempoi minah tu."

"Cool kan?" Zaf tanya tak beriak.

"Fuh! Cool kau kata? Aku tengok macam angin panas membara jugak je." Adif geleng kecil. Minda dah terflashback kat peristiwa petang tadi. Time bagi assignment.

"Hai. Sorry lambat." Rambut depan yang jatuh sikit dikuak.

"Takpe-takpe. Bawa tak assignment tu?" Girl yang pakai baju belang-belang tanya.

"Ni." Adif tayang assignment 15 pages yang tergulung di tangan.

"Okey. Thanks."

"Eh, Cop!" Tak sempat dia nak hulur kertas di tangan, si Afiq yang ikut sekali dah potong.

"Kenapa?" Afiq dah pandang girl yang tengah elok duduk bersandar kat tepi pintu kereta.

"Bagi nama member awak tu? Dengan nama awak sekali." Afiq masuk jarum dah.

"Tak boleh. Kitorang datang nak ambik assignment je, bukan untuk buat ice breaking." Girl yang tadi duk elok bersandar tiba-tiba terus tegak sebelah member dia.

"Alah, apa salah. Buat taaruf session." Aik? Afiq pandang Adif yang tadi diam. Selalu pending, ni boleh clear je coverage dia.

"Takpe-takpe. Dah cukup dah Taaruf Week hari tu." Wuish. Terkena sekali.

"Kitorang tak bagi kat orang yang tak kenal." Assignment kat tangan diangkat lagi sekali.

"Betul-betul-betul." Afiq tambah gaya upin ipin.

"Ni Mila.Kawan saya. Dah, sekarang dah boleh bagi." Tuan punya badan diam je. Tak tahu nak cakap apa. Ain ni memang lah.

"Owh. Hmm..Mila, ni kawan awak ni nama apa?" Afiq tarik senyum kasanova.

"Hmm.."

"Tak penting. Sekarang awak dah kenal mila kan, boleh bagi kan?" Ain potong.

"Memang lah. Tapi, kawan Mila pun kitorang nak kenal jugak." Tangan Adif pantas hulur assignment. Ain dah terus rembat dari tangan Adif. Tak sempat Afiq nak buat apa-apa.

"Kitorang Cuma nak pinjam assignment. Bukan untuk mengorat or dingorat. Dah, jom." Ain terus blah. Alamak, kasar tuh. Terkena lagi.

"Ain, jap la weyh. Sorry ek korang, Dia memang camtu. By the way, thanks. Nanti saya pulang." Mila ikut masuk kereta.

"
Ain."

"Woit! Ain mana pulak kau ni?" Adif tersedar. Adui! Aku tersebut nama budak tu ke?

"Ko ingat kat minah tadi ek?" Afiq serkap jarang.

"Takde lah. Aku terfikir nak gi beli makanan kat Ainon's je lah." Cover beb. Termalu dah ni.

"Tak payah nak kencing kitorang lah, Dif. Sejak bila ko pandai makan makanan kat Ainon's tu?" Afiq potong.

"Apa kau selalu kata? Tak kenyang? Tak puas?" Zaf jadi tukang tambah.

"Mana ada? Bukan selalu aku kata spaghetti dia sedap ke?" Adif terus tarik towel. Lari keluar pergi toilet.

Tuesday, November 10, 2009

Ipin vs Leha

"Mak! Leha nak keluar." Leha tarik tudung dari hanger.

"Nak ke mana? Dengan siapa?"

"Leha pergi sorang je. Pergi Perpustakaan Desa." Leha tarik sandal dari rak kasut. Purse dan telefon bimbit yang baru dicapai atas meja masuk dalam poket jeans.

"Jalan elok-elok." Mak Nab sekadar menghantar Leha dari pintu rumah. Leha dah besar panjang. Dah tahu nak jaga diri.

"Okey Mak. Leha gerak dulu." Leha tolak basikal dari bawah rumah. Sampai aja kat depan perpustakaan, Leha tarik pula kunci besar dalam raga. Orang sekarang bukan boleh percaya, bukan kenal harta orang dengan harta sendiri.

"Hai Leha. Lama Kak Som tak Nampak?"

"Baru je balik 2 hari lepas Kak Som." Leha senyum pada Kak Som yang jadi tukang jaga kaunter. Boleh dikatakan semua pekerja dalam perpustakaan mengenali Leha. Pantang ada kat kampung, mesti hari-hari melepak dekat situ.

"Owh, cuti panjang ke? Berapa lama?"

"Cuti semester. 3 Minggu je Kak Som. Ada novel baru Kak Som?"

"Ada lah dua tiga biji. Rasanya tak ada yang pinjam lagi. Leha tengok dekat tempat biasa. Rak biasa. Kalau tak ada yang mengambil, adalah kat situ."

"Okey Kak Som. Thanks." Leha atur langkah ke satu rak paling hujung. Buku- buku ditilik satu persatu sebelum 3 biji dilarikan dari tempatnya. Leha terus duduk kat meja hujung yang agak tersorok. Tempat biasa. Biasalah, perpustakaan desa. Berapalah sangat insan yang rajin nak meluangkan masa membaca. Orang kampung pun sekarang sudah maju. Banyak rumah dah pakai broadband. Lagi senang cari bahan kat internet dari mengadap buku tebal-tebal. Kanak-kanak pula lebih suka duduk merewang di Cyber Café daripada membaca di perpustakaan.


 

Ipin masuk dalam library. Buku yang entah tajuk apa-apa dicapai tanpa sempat menilik tajuknya. Mata scan seluruh perpustakaan. Meja yang hujung dan agak sedikit tersorok menarik perhatiannya. Otak dah susun strategi. Meja kat belakang rak kanak-kanak dituju.

"Ekin!" Tangan kanan digamit.

"Apsal Abang? Ekin nak baca buku pun kacaulah." Ekin tarik muncung.

"Ekin bagi ni kat akak tu boleh?"

"Taknak lah. Ekin nak baca buku. Abang nak, abang bagilah sendiri."

"Alah, please. Kalau Ekin tolong abang, abang belikan Ekin sepit rambut baru nak?" Ipin pancing Ekin guna sepit rambut. Ekin kerut muka. Berfikir.

"Taknaklah sepit rambut. Ekin nak Barbie Doll, boleh?" Ekin buat muka bling-bling.

"Hah, okeylah. Nanti abang belikan." Ekin senyum. Kad di tangan Ipin ditarik. Laju je dia berjalan kea rah tempat yang diarahkan. Ipin geleng. Budak-budak zaman sekarang, semuanya demand lebih. Tengok je Ekin bercakap dengan orang di meja hujung, Ipin senyum. Teringat peristiwa semalam.

"Bila kamu balik sini, Ipin?" Ipin yang tengah syok tengok siaran bola kat TV angkat muka.

"Semalam, Mak Nab."

"Kamu balik kampung ni sorang je ke? Mak Ayah kamu tak ikut sekali?"

"Haah, balik dengan Ekin je. Mak dengan Ayah, hujung minggu ni baru datang. Banyak kerja." Ipin senyum. Mata dah hala balik kea rah TV.

"Lama kamu cuti?"

"Lama lah jugak. 2 bulan lebih." Ipin jawab je, biar hati lebih pada nak tengok bola. Banyak lah pula Mak Nab ni tanya.

"Lama tu. Sempat lah nak lepas rindu kat Mak Ayah ye. Bukan macam si Leha tu, cuti 3 Minggu je. Dah tu bukannya lekat kat rumah, dekat perpustakaan desa tu jugaklah yang dia nak berumahtangga."

"Leha? Sape tu Mak Nab?" Ipin dah kerut kening.

"Leha anak Mak Nab kamu. Kawan masa kecik yang selalu ikut kamu berkubang dekat parit tu." Nek Wan yang baru muncul dengan dulang air kat tangan tiba-tiba menyampuk. Mind dah recall budak perempuan yang sememeh masa kecik-kecik. Yang selalu dengan seluar pendek dan t-shirt takde lengan. Steven Gerrard yang tengan duk berebut bola dengan Wayne Rooney dah tak menarik perhatian.

"Leha yang dulu kecik-kecik tu?Yang kuat menangis tu?"

"Yelah. Tapi tu dulu lah. Sekarang dah besar dah." Mak Nab senyum. Ipin angguk.Memang tak salah lagi. Leha yang selalu ikut dia main kat parit masa kecik-kecik. Masa dia tinggal dengan Nek Wan kat kampung. Masa Mak dan Ayah dia sambung belajar kat luar Negara.

"Cantik dah sekarang budak Leha tu, Ipin. Berkenan Nek Wan tengok. Lemah lembut, sopan-santun." Dah, Nek Wan dah start masuk jarum.


 

Leha tengok Siti. Siti tengok Leha balik. Leha tengok pulak kertas warna biru kat tangan.

"Siti, kau rasa sapa yang bagi ni?"

"Kau tak tanya budak kecik yang pass benda ni ke?"

"Dah tanya. Tapi baik punya budak tu cover."

"Entahlah. Mana aku tahu. Tak de pulak aku rasa mamat kat kampung ni pandai tulis benda-benda macam gini."

"Budak ni mesti member-member kita masa kecik-kecik dulu nih." Leha dah start buat hipotesis.

"Mana kau tahu?" Siti pandang Leha pelik.

"Ni, yang dia tulis ni." Setiap benda yang ada kat kertas tu memang buat dia flashback aktiviti zaman kecik-kecik.

"Mamat, tak pandai buat benda ni. Dia tu tahu buat robot je." Siti dah start rewind semua kawan-kawan sepermainan mereka.

"Lagipun, dia dah kat Jepun. Sarip?"

"Sarip lagilah tak. Dia asyik sibuk memanjang. Mana ada masa nak buat benda ni.Lagipun, dia kat Kuala Lumpur."

"Dollah yang pakai cermin mata tu?"

"Dollah tu kan dah bertunang. Dengan si Milah kampung sebelah. Tak mungkin dia."

"Habis tu sapa? Takkan cucu Nek Wan tu kot. Dah berkurun tak jumpa. Sejak dia ikut Mak Ayah dia." Leha kerut kening lagi. Konpius, konpius.

"Cop! Cop!" Leha pandang Siti. Ni apahal tibe-tibe nak main aci cop! Cop! Ni.

"Kau apahal?"

"Sah, memang dia!" Leha kerut kening lagi.

"Dia? Sapa?"

"Ipin. Cucu Nek Wan. Dia yang bagi benda alah ni kat kau." Leha pandang Siti lagi. Gila yakin muka member sorang ni. Sekali kalau salah malu je.

"Mana kau tahu? Lagipun dia dah lama tak balik kampung ni. Kalau Mak Ayah dia balik pun, takde pulak dia." Memang pelik bin impossible ni.

"Aku tau lah. Sebab sekarang ni dia ada kat kampung ni."

"Hah?" Leha buat muka tak percaya.

"Yup! Sumpah tak tipu. Dia balik dengan adik dia yang kecik." Siti angkat tangan gaya orang angkat sumpah.

"Mana kau tahu dia balik? Mak aku pergi rumah Nek Wan, takde cakap pape pun." Takkan Mak tak bagitahu. Selalu cepat je cerita anak teruna orang sampai kat telinga aku. Leha dah pelik.

"Aku tahulah. Tadi aku hantar kuih kat rumah Nek Wan, aku Nampak si Ipin tu kat beranda. Tengah sibuk dengan PSP. Hensem weyh dia sekarang."

"Memang tak salah lagi. Sekarang ni, kau kena tolong aku."

"Tolong apa?" Siti buat muka pelik.

"Temankan aku pergi rumah Nek Wan. Aku nak bersemuka dengan Ipin." Leha dah turun dari pondok tempat mereka duduk. Selipar disarung.

"Kau nak gi sekarang ke?"

"Yelah. Sekarang. Aku memang tak boleh nak tunggu lama dah ni." Tangan Siti ditarik. Kertas biru yang tadi diletak di atas lantai pun sama.

"Assalamualaikum!" Kuat suara Leha bagi salam. Kalau nak ikutkan, memang pintu rumah yang terdedah tu pun nak diredah je masuk. Tapi, Siti ni tiba-tiba jadi budak bersopan santun pulak.

"Waalaikumussalam." Satu suara kecik jadi tukang jawab salam. Tak lama, keluar pula tuan punya suara. Leha dah bukan sekadar yakin, tapi lebih dari yakin bila tengok muka budak kecik depan mata.

"Ekin, sapa?"

"Kaka.." Belum sempat Ekin nak habis menjawab, Ipin dah Nampak muka Leha kat anak tangga paling bawah.

"Ipin, kau sini jap!" Sekali takde intro, terus Leha panggil Ipin turun. Ipin yang tekejut tengok Leha ada kat bawah terus turun. Buat malu je kalau si Leha ni menjerit kat depan rumah macam ni.

"Leha." Sepatah je keluar dari mulut Ipin.

"Kenapa kau bagi ni kat aku?" Kertas biru yang tadi elok je duduk kat tangan dah selamat mendarat kat muka Ipin.

"Sebab aku suka kau lah." Terus straight to the point takde kona-kona Ipin bagi jawapan. Siti yang jadi pemerhati dah rasa nak gelak. Ekin pun dah turun elok je melekat kat tepi abang dia.

"Gila lah kau ni." Leha terus tarik tangan Siti balik rumah. Ipin tengok je.

"Abang, kenapa abang tak kejar kakak tu?" Suara Ekin masuk dalam kepala otak.

"Ekin naik dulu. Bagitahu nenek, abang keluar kejap." Ekin angguk je. Ipin dah lari macam orang tak cukup tanah pergi rumah Mak Nab.


 

"Leha, kenapa kau marah aku?"

"Sebab kau buat kerja gila."

"Gila ke?"

"Gila sangat. Ipin, kenapa kau pilih aku?" Leha senyum.

"Sebab hati aku kata kau special." Ipin pun senyum jugak. Tadi, lepas je elok Ipin sampai rumah Mak Nab, Ipin terus pergi dekat Leha yang tengah duduk sorang-sorang kat atas pangkin depan rumah. Siti pulak lepak je duk kait buat mangga. Lepas terang benda berkaitan hati dan perasaan, memang sah, dua-dua tak bertepuk sebelah tangan. Bukan susah pun nak pujuk Leha cengeng yang dah transform jadi ganas sikit nih. Rupa-rupanya, Leha marah sebab dulu, Ipin pindah tak pernah bagi khabar berita.

"Ipin, kau sekarang belajar kat mana?"

"Kat UK."

"Ambik apa?"

"Medic. Ko?"

"Kat UTM, Skudai."

"Owh. Takdelah jauh mana pun."

"Tak jauh? JB-Kedah tak dekat macam Gombak-Klang tau."

"Dekatlah compare ngan UK-Malaysia." Leha senyum kambing.

"Leha, nanti weekend ni, parents aku datang. Aku suruh dorang gi rumah kau ek?"

"Owh. Datang jelah. Macam tak biasa."

"Nanti ko pakai cantik-cantik ek?"

"Apsal pulak. Pakai macam biasa jelah."

"Mana boleh. Ko kena pakai cantik, sebab aku nak suruh parents aku pinang ko."

"Gila lah ko ni, Ipin." Leha dah malu-malu kucing terus lari masuk rumah.

"Leha, ko pakai cantik-cantik tau." Ipin jerit dari bawah sebelum berlalu balik.


 


 


 


 


 

X bertajuk 1

"Woit! Asal muka macam ayam berak kapur aku tengok?"

"Bengang weyh. Assignment kena reject."

"Reject? Apsal lak? Assignment apa?"

"Poli. Dia kata sebab tak ikut format. Aku mana tahu format camna. Dahlah grupmates aku tuh macam apa. Salahkan aku suka hati dorang je."

"Boleh pulak camtuh."

"Ain, jap."

"Apsal?" Ain angkat muka.

"Tu, kat meja hujung tu budak kelas poli aku."

"So?" Ain pandang meja hujung betul-betul depan kedai mamak.

"Aku nak pinjam research paper dorang ah. Tapi kan, macam segan lah weyh nak mintak."

"Asal ko nak segan lak? Classmates ko kan? Gi je mintak." Ain dah letak sudu garpu tepi pinggan.

"Aku tak pernah2 tegur dorang, tiba2 nak redah pinjam assignment. Tak macam pelik ke?" Mila buat muka konon gadis ayu. Ain pandang meja makan dekat hujung.

"Buat donno je lah."

"Tolong aku? Tolong cakap kat dorang?" Mila buat muka budak kesian. Ain pandang muka kat depan mata. Ni yang aku lemah ni. Dah buat muka budak 5 tahun minta lollipop ni.

"Okey. Jom" Ain bangun. Mila mengekor kat belakang.

"Assalamualaikum, korang." Terus bagi salam sampai-sampai je kat depan meja yang ada 4 orang budak lelaki. Empat-empat buat muka tak paham. Apa kes, tak kenal tiba-tiba bagi salam? Nak ngorat ke? Tapi dalam hati je la.

"Ni, kawan saya ni, classmate poli korang. Dia nak pinjam research paper korang buat sample boleh tak?" Terus Ain tanya takde kona-kona. Mila kat sebelah tak payah cakap lah, dah rasa nak sembunyi muka kat belakang tudung periuk.

"Hah? Nak apa?" Mamat yang tadi duk menganga nak makan tak jadi dah terus letak sudu.

"Nak pinjam research paper korang." Ain buat muka tak tahu malu.

"Hmm..kan assignment poli tu, grup saya kena buat balik, so, nak pinjam korang punya buat sample boleh?" Mila amik alih. Biar kat si Ain ni, lama-lama lagi malu aku.

"Owh. Assignment tu, Boleh-boleh." Mamat baju biru yang dari tadi diam je bagi green light.

"Nak bila ek? Kitorang tak bawak ah. Tinggal kat bilik." Lagi dua orang mamat yang duk satu meja buat tak tahu. Sambung balik makan.

"Petang ni boleh? Free tak?"

"Kitorang kelas sampai pukul 4. Lepas pukul empat boleh ah. Nak jumpa kat mana?"

"Takpe-takpe, saya pergi ambik kat bilik. Mahallah mana ek?" Ain yang macam tunggul tiba-tiba rasa cam nak gelak dengar ayat Mila. Gaya macam boleh masuk je bilik budak-budak nih.

"Bilal." Bilal? Mila tengok Ain. Ain tengok Mila balik. Dua-dua tak tahu Bilal yang mana satu.

"Tau tak Bilal kat mana?" Ain dengan muka innocent geleng kepala.

"Takpe-takpe boleh cari." Mila cover. Padahal dah malu tahap giga sebab si Ain kat sebelah.

"Nak cari, search kat bilal.maps. Ada lah kat situ." Hek eleh, menyampah pulak aku tengok budak gemuk ni. Main-main pulak dia. Ain dah tarik muka bengang.

"Hmm..takpe-takpe. Bagi phone number boleh? Senang nanti kalau nak datang saya contact." Mila dah buat sesi aku minta kau-kau mintak aku.

"Ambik dia punya je. Contact dia, dapat ah contact kitorang sume."

"Berapa weyh no aku?"

"Kitorang bukan nak ngorat, nak minta pinjam assignment je." Ain dah bagi sedas. Dari tadi diam je, sekali ambik kau.

"Hmm..013-6xxxxxx."

"Nama?" Mamat baju biru pandang membe sebelah. Konon nak tanya patut bagitahu ke tak lah tu."

"Zafran."

"Okeyh. Thanks." Mila terus tutup flip hanphone. Tarik tangan Ain, patah balik pergi tempat duduk asal.

"Teman aku petang nih. Muktamad." Belum sempat pape, Mila dah bagi arahan mandatori.